Syurga Tuhan~


Aku pasti aku dan kamu pernah bermimpi.

Bermimpi untuk berada di syurga Tuhan.

Setakat mengintai di pintu syurga Tuhan pun satu kenikmatan besar.

Apatah lagi mencium bau syurga.

~

Syurga tuhan.

Percayalah.di sana segala-galanya cerita tentang indah.

Segalanya selari dengan kehendak, kamahuan, fitrah kamu.

Di syurga Tuhan.mintalah apa saja kamu mahu.

Syurga Tuhan tempat termakbul sebarang hajat.

Syurga Tuhan tempat mimpi menjadi realiti.

Di syurga Tuhan segala-galanya indah.

~

Dan.jalan menuju ke syurga Tuhan telah lama terhampar.berkurun dulu.

Sebelum lahirnya Adam.sebelum wujudnya manusia lagi.

Tapi.jalan itu bukan jalan mudah. Jalan yang terhampar bersama duri.

Jalan yang ditengah-tengahnya penuh tribulasi dan halangan.

Jalan berlencong tajam.dan.

Itu bukan jalan pilihan ramai orang.

~

Jalan menuju syurga Tuhan.terangnya hanya akan disuluh lampu keimanan.

Bengkoknya hanya dilalui bersama amalan yang disemai bersama keikhlasan.

Dengan itu.Tuhan berjanji Tuhan akan memandu kamu ke arah Syurga Tuhan.

~

Syurga Tuhan.

Layakkah aku ke sana?.atau sekadar bermimpi.


"Sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka akan mendapat syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, itulah kemenangan yang agung" (al buruj:11)


p/s: ketiadaan air mengajar erti kehilangan.barangkali.

Comments

  1. aku copy sajak mu deh...sedap lah....xde air ke tik?? mandi sungai lah...yuhuuuu...

    ReplyDelete
  2. syurga...hanya mampu tercengang n menghela nafas lega bila nmpk tgk...nk masuk!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

kusut

memory lane

088.