Posts

Showing posts from September, 2010

masih awal~

sekarang masih awal.semangat masih berkobar-kobar [diiringingi lagu Gemuruh nyanyian faizal tahir].segala perancangan dan hala tuju juga jelas.tidak kabur.berderau darah mengalir memang boleh dirasa di carotid artery .penat dan letih tidak jadi penghalang.itu semua leceh dan remeh. kerana ini masih awal... bila masa tiba waktu itu.semangat ini akan hilang.langkah terus saja kaku.terduduk diam.membiarkan saban waktu menerbangkan habuk2 impian masa lampau.sudah terlalu penat berlari dari realiti kerana terlalu taksub mengerja fantasi [tidak salah kalau fntasi ada logiknya].padu hati dulu kini lesu.walhal, hujungnya masih jauh dan kabur. kerna itu, jgn biar semngat ini hilang.tapi macam mana? p/s: welcome for newcomers.

talk to me muhammad~

tadi, saya boring. jadi .youtube hopping sikit.tertarik dengan sebuah video tg kisah benar.kisah yang berlaku hampir 1400 tahun yang dulu.bukanlah cerita dongeng2 yang indah2 belaka, tapi betul bagi saya kisah ini menarik.kisah ini mungkin sudah ramai yang sudah tahu.....kisahnya sperti dalam video di bawah... itulah perbualan seorng makcik tua dgn Rasulullah s.a.w, yang mengutuk peribadi baginda.dalam ketika itu, Nabi sdg membantunya mengangkat barangnya, dan sepanjang jalan perempuan itu mengutuk Nabi, tanpa menyedari siapakah lelaki yang membantunya itu.hinggalah di akhir perbualan, dia menyanyakan nama baginda.akhirnya, hanya disebabkan peribadi baginda, perempuan itu melfazkan syahadah pada saat dan ketika itu juga... selawat serta salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. sungguh peribadinya tiada langsung bandingan~~~ p/s: masih 3rd year..

salam aidil fitri~

semalam, langit Volgo mendung, hujan sepanjang hari.suhu sejuk mencecah 6c.walau secra teori terlalu awal untuk sejuk sebegitu pada awal musim luruh.ye.saban waktu telah melewati musim panas.telah betul2 panas sebelum ini. bagi sya, cuaca sebegini cukup menyamankan.segar dan refreshing .mungkin ini lah cara bumi Volgo melambai pilu pemergian ramadan, dan menyambut kemenangan pada syawalnya.seakan2 alam begitu hebat membesar2kan Tuhan pemilik kerjaan langit dan bumi.saya?.setinggi2 pujian hanya layak buat Allah.Allah maha besar 3X.. dan.untuk kali ketiga dalam turutan, saya merayakan raya tahun ini dalam kelas.sedih.ini lah hakikatnya beraya di bumi Soviet Union.hah.bukan bumi mereka sekalipun, ini bumi Tuhan. tapi boleh saja jika ingin menghidupkan suasana hari raya.caranya begini.ponteng saja semua lecture yang ada, balik rumah, masak rendang paste [x payah, hanya ikut instruction belkang tu jer], sedikit nasi beriani [juga paste ], buka sedikit biskut raya dari kampung, roti jala d

kejam~

dulu, saya dan rakan sekelas berkunjung ke sebuah restoren.makanan boleh tahan memuaskan. cuma ada satu yang menjengkilkan... saya betul2 menyampah melihat tauke restoren tersebut yg melayan isterinya mcm orang gaji, malah lebih lagi.diherdik, ditengking terang2 depan pelanggan.haih.mana cinta dan layanan suami terhadap isteri.mana? dan saya betul2 sedih melihat si isteri.hanya menunduk seribu bahasa bila ditengking suami.kelu lidah menahan cemuhan.kalau silap si isteri sekalipun, jangan lah dibangkitkan bagaikan dia saja yang salah.sampai si isteri teresak2 menhan pedih.betul2 kesian... mari saja beranggapan baik kerana sungguh juga sy tidak tahu apa berlaku sebaliknya.tapi agak2 lah..haih.. p/s: 3rd year je pun..