Posts

Showing posts from June, 2010

titik permulaan~

Saya teringat satu puisi tulisan rakan saya.bersahaja tapi sungguh bermakna.. Titik permulaan~ Kita memerlukan satu titik permulaan, Bagi melenyapkan peristiwa semalam, Agar kita mampu sama-sama melangkah kehdapan, Dan ikatan antara kita biarlah kerana Tuhan. ~ Kita memrlukan satu titik permulaan, Biar terkubur segala benci dan dendam, Biar bercambah kembali kasih dan prihatin, Biar bertunas kembali bahagia yang pernah kita kecapi.. ~ Kita memerlukan satu titik permulaan, Walau titik itu tidak menjanjikan kemanisan di hujungnya, Kita masih memerlukan satu titik permulaan~ p/s: btw, baru habis exam wooo..alhmdillah relieve .tahniah juga buat sume graduan VOLGMU 2010~

Persis~

Image
assalamualaikum.. Tangisan kita persis simbol penyesalan, Gusar kita persis ketakutan silam, Gelak kita persis kelegaan dan kepuasan, Senyum kita persis sejuta syukur.. Segalanya persis kisah dalam waktu.. persis kitalah pelakar kisah ini, merancang lembaran buat masa hadapan, walau mimpi smalam masih hanya sekadar mimpi, persis kita mahukan ini begini, itu begitu, persis kita menjangkau ruang ketetapan.. hakikatnya, kita hanya miliki saat ini, bukan sejarah silam, bukan lakaran hadapan~ p/s: ini pemberian dari Tuhan.ini ujian dari Tuhan..

dan~

dan... kita akan tinggalkan masa lalu. melihat tinggi nilai usaha dan tekad. kita menyentak rasa, memulihkan jiwa. menyekat mahu dan nafsu. akan pada detik dan waktu. dan.. kita akan menguburi segala gugup. gugup yang memutar di setiap liang roma, gugup yang menjentik debaran dan rasa takut, gugup yang mampu melenyapkan kita.. dan.. setelah itu. kita hnya mampu berharap dan berserah. kita hnya mmapu meniup seruling mimpi2 indah. kita hnya mampu tidur diselimuti impian setinggi langit. dan.kita hnya mampu berharap pada angan. kerna.. esok bukan milik kita.bukan milik kita. dan.. hanya pada Tuhan tumpuan segala pengharapan. hanya pada Tuhan tumpuan segala hasrat dan doa. hanya pada Tuhan... p/s: =)

melayu~

Salam dan sapaan mesra.. melayu jiwanya lembut.pekertinya sopan santun.bahasanya penuh berhias dan beralas.senyumnya mekar pengubat lara.itu melayu.walau melayu mudah lupa, tapi dicampak ke lubang mana sekalipun, melayu masih melayu.. ~ dan.hari ini.ketika saya dan teman bercerita tg kisah kehidupan di taman hijau ditemani makhluk2 halus.di volvograd russsia.dalam ketika taufan musim panas melewati, kami disapa suara berdialek tipikal.. ”MELAYU??!!””.. “YER, MELAYU!!!..”lantang jawabannya.. Ya, kami disapa melayu [bukn pljar yg biasa kami jumpa].kami bercrita pnjang.seakan-akan sudah kenal lama.sedangkn baru bersalam kali pertama.entah.seakan-akan ade covalent bond yang wujud secara semulajadinya.lama kami berdiskusi.hingga mega merah tampak di kaki langit.lidah melayu dengan dialek melayu.kami berjumpa di bumi asing~ untuk crita lbih gempak sila klik kudin’s blog .. ~ p/s: exam.exam.exam.dan.exam.tapi, jgn lupa apa yg ptut kita tak lupa.x phm?.persetankan~

refresh~

Pernah anda mengejar sesuatu yang seakan-akan bukan milik anda?.saya pernah.matlamat saya. Saya letakkan sejelas mungkin.kemudian saya akan melihat kehadapan.jauh ke hadapan.melihat cita-cita dan impian yang masih di awang-awangan.saya tidak menoleh kebelakangn walau sedikit.betul2 saya mahu.tiada apa yg akan menghalang.saya mungkin pada masa itu saya terlalu taksub dan takut.**tidak patut**. ~ Dan saya ditegur perasaan sendiri.Kemudian.saya terpaksa melihat pada dunia nyata.berjalan pada jalan tanah yang sama dipijak orang.merasa bukan dengan hati yang mati.saya menoleh kebelakang.mengutip sisa-sisa kesilapan yang pernah saya kerjakan.sisa-sisa itu akan saya campak ke dasar yang paling dalam.hilang dan tidak akan muncul lagi.tapi saya yakin, pasti akan ada sisa yang saya tidak nampak.kesilapn yang saya tidak mampu tebus.dan hanya masa yang akan memadamnya. ~ Dan.saya akan terus berjalan.masih lagi dengan matlamat saya.Cuma.kali ini saya bakal menrima apa yang tersurat buat sa