Posts

Showing posts from April, 2010

jumaat~

Image
tulips..lawa woooo.. Ini kali yg kedua mungkin aku solat jumaat di masjid dalam sem 1 tahun2.lama sudah kaki tak menjejak masjid lingkoranskaya.lama sudah dahi tidak menyentuh sejadah masjid.rindu juga melihat kelibat ratusan manusia berdiri berselisih bahu sama bahu dalam saf lurus dan rapi . rindu juga mendengar gema azan dan suara khatib berkhutbah [walau aku tak paham sngt bhase russia.selalu tertidur.mencuba].itu semua aku rindu. jarak masjid mengambil masa lebih kurang stgah jam dari pusat Bandar volgo.bukan kami jahil tidak mahu.bukan malas yg mengahalng.tapi kelas pada hari dan waktu itu yg memaksa kami mengorbankan solat jumaat.terpaksa.selebihnya kami solat sama2 kami sahaja.islam itu memudahkan bukan. Dan hari ini penghujung april.kalau di sini, aku berpeluang merasa langit yg bermusim.dan kini musim bunga.pepatah russia “musim bunga musim alam bangun dari tidur”. Owh.kalau emak aku di sini, tentu sekali dia teruja.

Syurga Tuhan~

Aku pasti aku dan kamu pernah bermimpi. Bermimpi untuk berada di syurga Tuhan. Setakat mengintai di pintu syurga Tuhan pun satu kenikmatan besar. Apatah lagi mencium bau syurga. ~ Syurga tuhan. Percayalah.di sana segala-galanya cerita tentang indah. Segalanya selari dengan kehendak, kamahuan, fitrah kamu. Di syurga Tuhan.mintalah apa saja kamu mahu. Syurga Tuhan tempat termakbul sebarang hajat. Syurga Tuhan tempat mimpi menjadi realiti. Di syurga Tuhan segala-galanya indah. ~ Dan.jalan menuju ke syurga Tuhan telah lama terhampar.berkurun dulu. Sebelum lahirnya Adam.sebelum wujudnya manusia lagi. Tapi.jalan itu bukan jalan mudah. Jalan yang terhampar bersama duri. Jalan yang ditengah-tengahnya penuh tribulasi dan halangan. Jalan berlencong tajam.dan. Itu bukan jalan pilihan ramai orang. ~ Jalan menuju syurga Tuhan.terangnya hanya akan disuluh lampu keimanan. Bengkoknya hanya dilalui bersama amalan yang disemai bersama keikhlasan. Dengan i

berlari~

Image
itu bukan kami yg berlari Semalam aku dan mereka berlari.Merentas sepanjang sungai Volga.berlari setelah sekian lama berhenti. Kami berlari persis kilat membelah bumi, sepantas mungkin tapi bukan memecut [letih wei]. Melewati lautan manusia.mereka pelbagai.dari sekecil2 anak kecil hingga sebesar2 org dewasa. Lagaknya kami bangga disapa angin sungai terhebat di benua eropah.sungai terbesar.volga persis laut hitam [cornoye morie orang russia panggi]. ~ Semalam, aku dan mereka berlari.merentas sepanjang sungai kehidupan.setelah sekian lama berhenti. Kami berlari persis melewati sisa-sisa sejarah hidup semalam.merenung dan membuat pertimbangan. Persis angin melewati daerah dan mewawarkan seluruh dunia.bahawa kami bukan lagi kami dahulu. Dan.aku dan mereka akan terus berlari~ p/s: blog aku yg memboringkan.kurang berinformasi.maaf kpd kamu pembaca.

taubat~

Tuhan menyuruh manusia bertaubat, Bukan sekali, bukan dua kali, bukan tiga kali, Bukan sebanyak nombor yang mampu kau bagi, Bukan untuk kesekian kali, Tapi. Tuhan menyuruh manusia bertaubat, Selagi nyawa di nadi, Selagi kulit merasa panas mentari, Selagi kaki berpijak di bumi, Selagi mana Izroil tidak datang menuntut janji, Selagi kiamat jaraknya bukan sekaki. Kerana. Manusia berdosa tiada henti, Iman kadang rendah kadang tinggi, Kadang jatuh di lubuk paling keji, Maka.bertaubatlah selagi ada percaya dalam hati. “Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (quran 42:25) p/s: ingatkan aku yg selalu lupa dan alpa..

hujan (bukan kumpulan artist)~

Image
hujan juga rahmat Allah Sekarang di russia, volgagrad amnya, hujan di penghujung musim.hujan rahmat.hujan berkat.suasana sebigini btul2 mengembalikan ingatan aku ttg rumah.org barat kata there’s no places such home .kalau org kita ckap, tiada tempat sperti rumah .ade jer.rumah jiran pun rumah jugak.bukan.bukan begitu maksudnya. home di sini bukanlah rumah secara fizikalnya, tapi rumah dari segi rohnya, sbgai tempat kediaman dan membesar.Cuma bahasa melayu glosari bahasanya yang tidak beberapa luas barangkali.maka memang betullah, hujan emas di negeri orang [kalau aku kutip dah emas tuh], hujan batu di negri sendiri, tempat sendiri juga yang lebih serasi mungkin. Sambung.kalau aku di di rumah dalam musim tengkujuh, biasanya mak aku akan menggali ubi.ubi kayu, ubi keling [tak tahu scr bhasa bakunya],ubi keladi, ubi badak, dan sepuluh jenis ubi lagi.nnti pnjag sngt.kemudiannya, emak akan merebus ubi2 itu hingga empuk.ditambah se

ceria pagi~

salam ceria pagi dan bahagia~ post yg tdak panjng.owh sekadar mewawarkan kisah hidup kebelakangan [mcam ar aku pntg sngt].musim berganti sudah.tggu saja tulips, sakura, kekwa, tulips, kemboja, melur, mawar, bunga periuk kera berbunga nanti.ok tipu. tak semua bunga tuh wujud kat sini.aku bengap sikit pasal flora dan fauna nih.setakat tumbahan dan bintang tipikal sperti gajah dan harimau je aku tahu.tongkat ali dan kacip fatimah juga.tapi yg pasti sejuk mata memandang.langit pun makin hari makin gemilang.siyes lawa dan menenangkan.tapi.akan ada yg akn merosakkn pandangan nanti.biasa.bila dah panas ni, maka ramai lah manusia2 ruski keluar dalm keadann spruh bogel[ scr hiperbolanya].~~ces~~. manusia seakan-akan kembali ke zaman batu. ok.hidup masih lagi pada turun naiknya.sama saja.gembira.duka.lega.kecewa.rindu dan benci.serta seangkatannya.yg pasti.buat waktu dan ketika ini, aku sudah perlu menampar pipi sekuat-kuatnya agar aku bangkit dari lamunan.~~pinngggg~~.kalau semalam dan minggu l

langkah sama~

Image
Semalam aku melangkah dengan langkah yang sama.destinasi yang sama.dgn batang kaki yg sama.dan aku melihat dengn mata yg sama[sempit dan tdak saujana pandanganya].merasa dgn hati yg sama.berfikir dgn cara sama.pemikiran yg kaku dan beku.tiada keluar dari kotak tertutup.aku takut untuk melihat dgn mata yg lbih luas.merasa dgn jiwa yg lebih besar.berfikir dgn akar lbih panjang. ~ Sebab itulah aku di takuk lama.takuk yg paling hulu.takuk yg terus menyekat arus ke hadapan.entah.aku tahu tapi aku takut untuk menukar langkah.hingga aku tenggelam di dasar yg pling dalam.lenyap dan senyap. Dan.hari ini.aku masih melangkah dgn langkah yg sama.sampai bila? lama giler tak pegi jalan kat pantai... p/s:paham?.x perlu paham pun.

besar panjang~

Mak aku pernah berpesan [time nk blik russia]: Kamu makin besar.duduk pulak Negara orang. Jaga sembahyang.jaga perangai.jaga tingkah laku. Ingat siapa kita.ingat dari mana kita.ingat Tuhan kita. Jangan terpengaruh.jangan percaya pada mereka. Pilih yang betul.tinggal yang salah.pegang agama. Telefon rumah selalu. Dan.mak aku memeluk batang tubuh aku. Kemas dan erat.aku selesa dan selamat. Sedikit resah.bila melihat dia mmg tidak dpt mnyekat air mata keluar. ~ Ayah aku juga berpesan: Kamu sudah besar panjang. Studi jangan main-main.ingat tujuan.ingat haluan. Jadi contoh kat adik-adik. Tuhan jangn lupa.sembahyang jgn tinggal.walau apa keadaan. Jgn lupa diri.sedar akar umbi.jangan lalai. Owh.ayah aku penah kasi aku penampar.hingga lekat bekas tapak tgn sehari.*sakit woo* Tapi tak kisah [ok.kisah juga lah sikit].sebab penampar tu bawak aku smpai sini.jadi lebih teguh.konkrit. Tapi ayah aku tak menangis.lelaki katakn. Dan.ayah aku memeluk aku jua.lebi

kisah si anak tikus~

Salam musim baru~ ~ Lantas dijadikan cerita di satu kampung jauh di hujung bandar, tinggallah keluarga tikus:bapak, emak, dan seekor anak tikus.anak tikus dgn nama pendeknya anakti sgt dimanja-manjakan oleh bapakti [bapak tikus]dan makti [emak tikus].maklumlah.dasar anak tunggal kesayangan.semua keinginan anakti dipenuhi oleh bamakti [singktn kpd bapakti dan makti ].makan dan minum bamakti yang usahakan.malah kencing berak anakti juga bamakti yang basuhkan.sampai naik lemak anakti . ~ Hinggalah delapan tahun berlalu, bamakti berpesan: “wahai anakku, si tikus yg cute, dgr pesanan mak dan bapak kamu ini.kami semua sudah tua.bile2 mase saja ajal akn datng menjemput.jadi, kamu perlu belajar berdikari dr skang”. Tapi.anakti tidak mengerti.lebih tepat.buat2 tidak mengerti.baginya, selagi mana bamakti hidup, selagi itu die tdk perlu berdikari.tidak perlu bekerja [ces, malas punyer tikus].hanya dia tahu. Untuk bersarang dan menikmati saban waktu yang terbang tatkala mentari terbe