Posts

Showing posts from 2016

sarawak.

sarawak. hai 16 januari 2017. bakal melapor untuk bertugas sebagai pegawai perubatan di sarawak. sarawak si tanah kenyalang. rayuan pertama (satu2nya rayuan) ditolak mentah2. maka buat apa menolak lagi. tiadalah sedih giler nak mampus atau suker giler nak mampus. kerana takut kerana tidak tahu bagaimana sana. padahal tidak pernah di sana, hanya lolong2 angin yang memberi cerita dan cerita kerana takut kerana bakal berjauhan dengan mak dan wan. padahal 6 tahun di russia tidak ada apa2. cuma terlalu lama tidak menetap di rumah, dari tingkatan satu sampai umur aku 24 tahun. hampir 2 tahun sebagai pegawai siszwazh, jarak 60km itu aku tegar saja ulang alik balik rumah. maka keberadaan yang panjng di rumah dalam 2 tahun ini bisa saja menjadikan aku homesick . siapa2 bisa homesick kerana takut kerana masa kehadapan itu buleh saja apa2 yang melewati. ye ape2 sahaja. bakal jadi manusia yang manusia, atau selain lainnya. maka.sarawak. tiada apehal lah, seberang sana saja. maka.

atas garis pemisah

Image
Posting ke 6 di jabatan kecemasan. Posting 6 bermaksud seorang pegawai perubtan siswazah berada di garis pemisah antara doktor bertauliah dan selamat atau sebaliknya. berada di pengujung musim housemnship ini mendebarkan juga. Bukan lagi seperti sebelum2 ini, yg mana aku masih merasakan terlalu junior utk mencuba segala, maka bnyak hands on procedure tidak dicuba peluang.mahu saja mengambil rasa selamat. Tapi di line pemisah ini, baru merasakan aku mesti menarik diri dr kebergantunggan pada senior. Semua atas dasar sekejap masa lagi aku perlu membuat kata putus atas penyakit dan rwatan pesakit aku nanti atas nama seorang doktor. Maka begitulah. Fasa pertukaran inilah perit, satu lagi adaptasi gila yang perlu ditempuh penuh gagah dan asa. Sama ada mahu atau tidak. Biar jadi DOKTOR yg benar doktor. ketika ini. Meridui segala kehidupan masa lalu. Seakan mahu putar kembali masa2 itu. Serius.tapi muka hari inilah realiti.

ada apa dengan kita?

Image
bismillahirahmanirahim. harta dan rezeki. sering kali kita merasakan kitalah yang menetukan liku hidup dan corak masa depan kita. kita merancang untuk menjadi kaya, memilik harta bergunung ganang maka kita bagai mahu mati mengumpul duit seakan2 tiada bisa yang mampu menghalang. kita beranggapan hidup dunia perlu begitu. maka kita mati, kita lupa Tuhan. walhal dalam jauh beribu2 kedalaman lubuk dada kita, kita terpaksa mengaku kita manusia.  maka bila ada batu2 penghalang, duri2 pemusnah harapan kita, kita kebingugan, dan kita kecewa. duit yang dikumpul terpaksa dibelanja bagi tujuan perubatan, baiki kereta yang rosak, dan kadang2 kita tidak sedar mana hilangnya duit yang dikumpul. tiada berkat. akhirnya, kita bakal sedar atau telah sedar yang akan kita bukan pemilik, tapi kita peminjam segala2nya. tersekat di takuk, menjadi sebusuk2 air. maka dalam kebingungan kita mejalani kehidupan, kita meletakkan kebodohan mengaburi segala . kita tidak p

doktor

'Owh ada satu lagi kematian, kena settlekan borang2 pengurusan jenazah semua nih'.. Dan jenazah itu dibungkus putih menunggu waris. Dan kemudian, kembali menghabiskan list kerja yang bertimbun. Blood coming morning nak kena setel banyak lagi. Kematian tadi lagaknya tiada apa erti. Hanya tempias yang menambah satu kerja lagi. begitu pekerajaan ini menjadikan segelintir manusia.mungkin aku juga. salah profesion ini kah? Atau salah persepsi kita? Salah niat kita?