Posts

Showing posts from October, 2012
salam alaikum... hidup. aku dan kamu ditakdirkan atas segala ilmu Allah, kurang aku lebih kamu, dan lebih aku kurang kamu, mahu kita persoalkan? dewasa. logika otak, usia bekalnya matang. dulu aku dan kamu hingusan, kini kita menimbang, dan kita memilih antara dua jalan. "peritnya" keimanan, "indahnya" kefasikan. dalam dunia sejuta habuan. mati. maka tamat segala rencana dan hikayat. roh kita dipersoalkan, sedang jasad sekadar mayat. pulang. bakal ketemu kita Tuhan pemilik angkasa. buku amal bongkar segala di hadapan umat manusia. sebesar zarah tiada ketinggalan. dengan kiraan Tuhan pemilik keadilan. istirehat syurga. bagi mereka yang dunia sebagai persinggahan. marak neraka. bagi mereka dunia jadi pelukan. dan semua ini telah diceritakan. ya allah.
assalamualaikum wbt. selangit tinggi puji-pujian kepada Allah yang mendatangkan lagi aku dalam musim luruh kali ini. keberadaan dalam rentak alam yang lagaknya perlahan lahan meninggalkan kemeriahan musim panas sungguh mengajak kita untuk mengembalikan segala kebesaran hanya kepada Rabb, Malik, dan Ilah kita, yang telah menjadikan kita dari setetes air mani, dan juga yang mematikan kita. subhanallah.subhanallah.subhanllah. semalam sekali lagi mendengar pengisian sayonara Jahiliyyah oleh sahabat seperjuangan. sekali lagi menemplak diri. sungguh jahiliyyah itu adalah indah, sungguh indah bila kita menjadikan dunia, nafsu, dan manusia sebagai ukur tara. namun, kalau Allah, syurga, dan neraka sebagai ukur tara, jahilliyah nyata tersangat pahit dan kotor. tapi, lumrah kita manusia, setinggi moksyar sekalipun ilmu dan amal kita, jahiliyyah itu tetap menjentik dan mengusik kita.syurga dan neraka sememangya kadang2 masih terlalu jauh, kerana itu ghaib. tapi, sampai bila kita mahu bertan