Posts

Showing posts from June, 2018

ulangtahun pertama.

Image
daun2 gugur tumbuh berganti, mawar di laman bertukar cambah, hari berganti hari, umur bertarik tali,  segalanya berlaku dalam sekelip, entah sedar kita, entah tidak. ulangtahun pertama. susuk dan roh ini bergelar suami untuk sekian tahun pertama. dalam cacat cela, patah riuk kerangka ini terus saja berdoa, terus meminta. agar tuhan mencukupkan buat isteri segala. agar terubat hati yg terluka, agar tidak bergenang air mata, agar terhapus segala resah rasa, ulangtahun pertama. sudah jelas kita kenal sama dan beza kita. agar dapat kita menutup cela, agar kita berbagi cinta dan rasa. agar sama memaafkan kurang yang ada. ulangtahun pertama. usah kita berjanji yang tiada pasti. biar saja kepada Tuhan kita menanti. dalam pengharapan kita berserah diri. untuk kini, jua esok hari.

baik.

Image
dalam tiap2 kurnian allah kepada kita, ada bahagiannya utk yang lain, maka ada andai kata adik beradik atau kenalan meminta bantu, ringan2kan lah bahagian kita, setakat termampu kita tak rugi, kalau tidak dibalas manusia, Allah pasti ada perancangannya, kalau bukan hari ini, mungkin esok, atau mungkin di akhirat kelak. harap2 juga kebaikan kita dapat menghapuskan dosa2 kita yang sering kita lakukan dalam sedar atau tidak, dengan insaf atau tidak. kita nih neraka itu pasti, syurga saja masih belum pasti milik kita. bnyakkan kebaikan, jangan pernah rasa cukup. kita tidak tahu mana satu yang jadi sebab kita ke syurga. harap2 juga kebaikan kita makin hari2 makin menangkis tompok2 hitam hati kita, yang mungkin pernah riak, takbur, ujub. harap2 juga kebaikan kita ikhlas, tapi jangan kerana takutkan ketidakikhlasan, kita menjauhi kebaikan. semua perlu latihan, begitu jua ikhlas. jadi sama2 kita banyakkan kebaikan, dikit demi dikit, hari demi hari, sampai nyawa terhen