Posts

Showing posts from February, 2018

refleksi.

Image
#gentlereminderforme baru menelefon kenalan yang dalam kesulitan. tapi nadanya bersahaja saja.menelan setiap ujian dan bersyukur dan penuh pengharapan pada Allah setelah peluh2 yang keluar dari sendinya. aku berasa malu. betul. ramai yang mampu bersabar atas ujian. namun tidak ramai yang mampu bersyukur atas ujian. si isteri pernah kata di awal pernikahan. kalau dipandang yang diatas, sampai bila2 kita hanya rasa serba kekurangan. pandanglah yang dibawah, maka kita akan rasa lebih dari sekadar cukup. betul. layakkah kita mendakwa kita tidak cukup makan, walhal lunch kita rm10. Sedangkan rm10 bagi sesetengah bekalan untuk seminggu. layakkah kita mendakwa kita hanya menyewa, tiada rumah sendiri. sedangkan ada yang berfkir mana mahu berteduh bila malam menjengah. layakkah kita mendakwa tiada punya wang lebih untuk berbelanja baju baru, dengan badan tersarung baju bersih kemas digosok. sedangkan ada yang hanya ada beberapa persalinan yang mungkin digilir gilir d

mak.

semalam.ada telefon mak. saja bertanya khabar. dia baik2 saja. berdua saja di rumah dgn wan (ayah). mendengar suaranya selalu buat hati terkedu.entah mengapa. mak. dia membesarkan aku dan yang lain dengan jerih.literally. aku ingat ketika kecil dibawa bersama menoreh getah. pada umur aku meningkat alam persekolohan, emak bekerja sebagai tukang sapu sekolah. dan ada ketika mengambil upah mengemas ruma orang dengan bayaran rm10 sahaja. sebetulnya kais pagi makan pagi. dan kais petang makan petang dan duit untuk anak2 dia langsung tidak lokek. Langsung tidak. mak. walhal anak2 sudah besar dan bekerja. dia tidak pula pernah meminta hatta satu sen pun dari aku dan yang lain. tidak pula pernah meminta untuk dibawa kemana mana. tidak pernah disuruh beli apa2. malah tidak pernah mengadu apa2. dan aku masih ingat bagaimana mak menangis kesakitan di tikar sejadah akibat masalah tulang belakang 2 tahun lepas. dan dia menangis keseorangan. dan kadang2 tangisannya sendu dalam