refleksi.


#gentlereminderforme

baru menelefon kenalan yang dalam kesulitan.
tapi nadanya bersahaja saja.menelan setiap ujian dan bersyukur dan penuh pengharapan pada Allah setelah peluh2 yang keluar dari sendinya.

aku berasa malu.


betul.
ramai yang mampu bersabar atas ujian.
namun tidak ramai yang mampu bersyukur atas ujian.

si isteri pernah kata di awal pernikahan.
kalau dipandang yang diatas, sampai bila2
kita hanya rasa serba kekurangan.
pandanglah yang dibawah, maka kita akan rasa lebih dari sekadar cukup.

betul.
layakkah kita mendakwa kita tidak cukup makan, walhal lunch kita rm10.
Sedangkan rm10 bagi sesetengah bekalan untuk seminggu.

layakkah kita mendakwa kita hanya menyewa, tiada rumah sendiri.
sedangkan ada yang berfkir mana mahu berteduh bila malam menjengah.

layakkah kita mendakwa tiada punya wang lebih untuk berbelanja baju baru, dengan badan tersarung baju bersih kemas digosok.
sedangkan ada yang hanya ada beberapa persalinan yang mungkin digilir gilir dgn yang lain.


layakkah kita mendakwa kereta kita biasa biasa saja.
sedangkan ada pesakit yang terpaksa berjalan 5km ke klinik semata-mata mendapatkan ubat. tercungap2.


facebook dan ig hanya menayangkan kita yang indah2.
hiasan dalaman rumah yang baru disusun.
#ootd paling versetail.
dinner di restoren terkemuka.
percutian keluarga di oversea.
dengan # alhamdulillah syukur

lantas kita merasa kitalah paling malang.
tidak diberi peluang merasa.
walhal di sebaliknya.
masih ada yg tidak tahu apa facebook .tidak kenal ig.
mereka lah yang hidup dengan seada saja.
tapi penuh dengan rasa kecukupan.
tidak kah merekalah yang lebih bahagia?


moga allah permudahkan tiap2 sendi hamba2nya yang hari2 demi hari meneruskan penghidupan.
moga ditunjukkan jalan2 bagi yang sudah buntu.
moga yang dikurniakan sedikit lebih dapat berkogsi sama rezeki.

Allah, betapa tidak bersyukurnya kebanyakan kita...


Comments

Popular posts from this blog

kusut

memory lane

088.