mak.

semalam.ada telefon mak. saja bertanya khabar.
dia baik2 saja. berdua saja di rumah dgn wan (ayah).
mendengar suaranya selalu buat hati terkedu.entah mengapa.

mak.
dia membesarkan aku dan yang lain dengan jerih.literally.
aku ingat ketika kecil dibawa bersama menoreh getah.
pada umur aku meningkat alam persekolohan, emak bekerja sebagai tukang sapu sekolah.
dan ada ketika mengambil upah mengemas ruma orang dengan bayaran rm10 sahaja.
sebetulnya kais pagi makan pagi.
dan kais petang makan petang
dan duit untuk anak2 dia langsung tidak lokek. Langsung tidak.


mak.
walhal anak2 sudah besar dan bekerja.
dia tidak pula pernah meminta hatta satu sen pun dari aku dan yang lain.
tidak pula pernah meminta untuk dibawa kemana mana.
tidak pernah disuruh beli apa2.
malah tidak pernah mengadu apa2.
dan aku masih ingat bagaimana mak menangis kesakitan di tikar sejadah akibat masalah tulang belakang 2 tahun lepas.
dan dia menangis keseorangan.
dan kadang2 tangisannya sendu dalam alunan bacaan quran dan zikirnya selepas dhuha.

mak.
mungkin kasih sayang dan keikhlasanya,
terzahir dalam suaranya yang lembut saja.
dan penuh menenangkan.
yang akan mengetuk lubuk2 hati anak2nya.

mak.
moga mak sentiasa di bawah lindungan Allah, diberi kesihatan, ditempatkan sebuah mahligai di syurga
Kerna ya allah, budinya langsung tidak tercapai untuk aku dan yang lain balas.



Comments

Popular posts from this blog

kusut

berjimat~

tak nyata~