Posts

Showing posts from February, 2013
kita perlu paham yang kita tidak pernah mungkin jadi baik sekiranya sudah merasakan diri sudah cukup baik. kita bergerak menuju redha allah, mahu mati dalam husnul khatimah, mahu dibangkitkan tanpa aib, dihisab dengan mudah, dan yang pasti (saya konfem semua org nak) kita mahu melangkah masuk syurga. kita tidak pernah cukup baik. dan sudahlah kita mencebik bibir membilang dosa org lain, merasakan kita terlalu suci. cuma, maksiat yg dilakukan tetap kita benci, bukan pelakunya. kita tidak pernah cukup baik. jangan biar dalam hati kita kita menyimpan sangka buruk, jangan biar kita menghukum, jangan pernah sesekali. kalau kita pernah (kita manusia kan), cepat2 kita kembali ingat kita sendiri tidak pernah cukup baik. dan juga hati orang lain bukan bidang kuasa kita. malah, biar saja kita bersangka baik. kita tidak pernah cukup baik. maksiat juga kita pernah sentuh. kita tidak pernah cukup baik andai kita sudah merasakan yang kita sudah cukup baik.
Sesudah kita sedar akan perihal ketentuan. Kita akan menangkis segala kepayahan. Walau payah, walau memeritkan. Sebab ujian Allah kasi atas kemampuan. Mampu kau nak beralasan? Yang halal itu halal. Yang haram tetap haram. Walau dipusing diputar 180 darjah. Mulut kita bisa menyembunyikan. Tapi Allah itu sifatnya AL Basir. MelihatNya  adalah segala2nya. Mahupun luar, dalam, belakang, depan, sekarang, akan datang. Kerana atas sedarnya ranjau kita akan perihal ketentuan. Adalah terbaik buat kita dari Tuhan semesta alam. Jadi. Kita buntu naik gila macam mana sekalipun. Tidak mungkin sekali bunuh diri bukan? Kerana atas dasar sedarnya kita. Akan peluang untuk kembali dan pengampunan. Cuma tinggal asa daya kita.