berkat~

Kisah 1:
Mr.X memliki asset yg begitu banyak.dia merupakan pemegang syer terbesar kat sayrikat kayu jati SEJATI terkenal di kwsan eropah, selain memiliki kilang getah kedua terbesar di amerika.rumahnya tersergam indah di tebing barat Wales.hiasan dalaman rumahnya adalh bercirikan bali kontemporari.juga, dia memiliki 5 buah apartment kat russia yg disewakn kpd student2 msia kat sana dgn harga mahal.dia memiliki sebiji Lamborghini Gallardo keluaran terbaru, sebijik Mercedes Benz-C class keluaran 2010, sebijik motosikal polis trafik [sbb kaye nye psal], sebuah lori pasir, dan 5 bijik basikal yg pernah digunakn pelumba bsikal terhandal dunia.jet pejuang jenama soyuz buatan russia juga dia ada.dia memiliki isteri yang lawa dan terkenal.isterinya merupakan model iklan beduk sejuk.seantero dunia kenal siapa Mrs.X.

Mr.X sibuk spgnjang masa.dalam satu hari, dia terpkasa mengahdiri tak kurang 3 mesyuarat yg diadakn seluruh dunia, yng memkasa dia menggunakan jet persendirian jenama soyuz itu.hingga, hampir kelima2 solat fardhu dia terlupa utk tunaikan.dia sunnguh sibuk.ah, lupa nk bg tau, Mr.X tu sorng muslim.

kalau scra zahirnya, Mr.X lah orng yg pling beruntung, semua benda dia ade, stakt petik jari saja.tapi, entah mengapa, dia tidak pernah lena tido malam.selain sebab isterinya berdengkur, terlalu banyak mslah yg bermain di pikirannya.dia mesti memikirkan untuk hari esok.bagaimana untuk menambah nilai asetnye.kdg2 dia juga selalu menjenguk keluar tingkap biliknya pada pukul 3.24 pagi, takut sungguh kalau ada pencuri, walhal pakguard rumahnya diorder khas dari agent FBI.dan Mr.X tak pernah merasa cukup, tak pernah……


kisah 2:
ombak laut terus memukul pantai.mentari senja kian berlabuh di ufuk barat.langit kian suram.di tengah laut bergelora, pakcik Y dgn tgn tergetar2 memutar steren perahunya [klu ade steren lah] untuk pulang ke darat.baru saja dia selesai bersolat maghrib di atas perahu usngnya itu.hasil tngkapan hari itu tidaklah memuaskan sangat.setakat kepala sotong dan kaki udang yg tersekat di jala cariknya itu.berapa sngt lah harga tangkpn ari tuh untuk dijual kat Pasar Besar Siti Khadijah.ikutkan hati, mahu saja dia bermalam di tengah laut malam itu, menunggu hasil yg lebih bnyak.tapi, dia ade tgjuwab yg lbih besar.anak dan isteri kat rumah.dia perlu luangkan masa bersma mereka.dia perlu mendidk anaknya.dia perlu mengimani mereka untuk solat isyak sekurang-kurangnya.dia perlu bertanya anaknya tg perkembangn di sekolah.tentg yuran tusyen yg perlu dibayar.dia perlu dan dia tahu.

Tapi, tido malamnya lena.bukan stkat isterinya tak berdengkur, tapi juga kerana dia tidak pernah merasa beban.dia tidak bimbang.dia tidak perlu memikirkan pencuri yg mana mugkin ingin mencuri basikal tua belakang rumahnya.mana mugkin dia perlu memikirkan mesyuarat untuk hari esok.malah, pakcik Y merasa lega dan bersyukur.satu lagi hari dia telah berjaya lalui.tapi,seperti Mr.X, pakcik Y juga selalu terjaga pada pukul 3.24 a.m.bukanlah untuk memeriksa hlamn rumah yg takde pakguard, tapi untuk mengucapkn syukurnya pada Penciptanya dalam solat malamnya. Dlam doa malamnya, dia selalu menangis minta dipermudahkan dan diberkati rezeki untuk dia dan keluarganya.dan dia merasa cukup, sentiasa meraskannya..alhamdulillah..

p/s: itulah berkat namanya, rezeki yg berkat buknlah harta yg banyak, tapi berkat itu adlah merasa cukup dgn rezeki yg ada.moga jadi pedoman bwat aku dan pembaca..

Comments

Popular posts from this blog

kusut

088.

memory lane