salam alaikum.

perihal daun getah lagi.
asalnya saya adalah orang tanah,
hidup pernah ber'ubi', ber'lembu', be'kambing', ber'ayam'.
hidup pernah langsung tidak mengenal teknologi kecuali tv dan radio.
belakang rumah ditanam lebih kurang 80 pokok getah, masih muda.
itu emak yang berhajat, sumber rezeki bila dah tua katanya.
kebun getahnya kecil saja tapi saujana lagaknya.
lantainya bersih, tiada lalang yang diberi peluang tumbuh oleh emak.
lantainya penuh lekuk2 kaki, tempat cucu-cucunya bermain bola,
lantainya penuh lekuk2 kaki, tempat kambing meragut rezekinya.
bumbungnya pula redup saja, hanya sedikit lopong untuk cahaya mentari.

kata orang. bila hilang, pulanglah ke pangkal jalan.
itu yang mahu saya lakukan. mahu pulang.
saat buntu mencari jawaban.
mahu pulang dan duduk2 melihat kebun getah.
ada keringanan di situ yg sukar dihuraikan.




Comments

Popular posts from this blog

kusut

berjimat~

tak nyata~