salam alaikum

tiba2 sekarang,
jasad mahu saja kaku dan berdiam,
duduk menghayun kaki atas teratak belakang rumah,
menjeling matahari di balik2 rimas daun getah,
panas tapi tenang.

tiba2 sekarang,
mahu ditarik segala kisah,
mahu mencari di mana silap,
mahu membenam yang mana benci,
mahu mensyukuri yang mana dinikmati,
mahu mahu mengikat mana yang longgar,
ketat dan kemas,
untuk sekarang punya hadapan.


kerana.

tiba2 sekarang,
tali itu longgar lagi.
nyawa ini nafasnya kebingungan,
roh ini helanya kekaburan.
otak pula membilang
 "aku ini cerah dalam kesamaran atau kabur dalam pencarian?"


tiba2 sekarang.
 kita mengarap bantuan dari langit. semata.

Comments

  1. salam alaikum,

    "aku ini cerah dalam kesamaran atau kabur dalam pencarian?"

    apa yang engkau ragui akhi?
    bahasa mungkin tak seindah niat
    yang hendak menongkat bahumu yang jatuh
    ketika melihatmu akh yang kelihatan tak terpilih antara cerah dan samar

    mungkin penafsiranku silap,
    boleh jadi perkataanku asing,
    tetapi cukuplah sekadar diketahui yang engkau tidak seorang

    Allah telah menjanjikan yang jalan ke syurga itu pahit, pedih, menuntut pengorbanan, masa, tidur, hati yang hidup,
    dan tidak akan mempunyai kehendakan untuk memilih menempuhi jalan ini melainkan orang yang dikehendakiNya
    lalu Dia bukakan hijab yang menutup hati dan mata untuk melihat Az-Dzikr itu sebagai peringatan untuk alam.

    Manusia itu fitrahnya tertarik kepada cahaya dan bergerak ke arahnya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

kusut

berjimat~

tak nyata~