3 jenis batu.

batu. 3 jenis batu semuanya. yang pertama, batu yang darinya keluar sungai mengalir, laju mengalun arus memenuhi lembah alam buana. yang kedua, batu yang tertutup ketat rapat, dari luar nampak sangat keras dan padat, tapi bila satu pukulan hebat mengetuk, terpancar mata air meninggi menuju langit, terus dan menerus. 
dan batu yang ketiga, tiada karung air yang tersimpan, letaknya di puncak gunung, dan bila bergema perintah Tuhan nya, jatuh dan bergolek dari tempat duduknya, kerana akur dan takut.

benar perumpaan dari kitab Allah sungguh kena pada siapa yang mahu memikirkannya.


albaqarah , 2: 74

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

kusut

memory lane

088.