masih punya harapan~

jasad ini adalah satu kantung maksiat dan dosa lalu.
hati ini jua dulu sering ditambat telunjuk iblis dan nafsu.
maksiat dingkat bagai nikmat.
dunia jadi intipati keramat.
hingga pada penghujungnya nafas jadi sesak.
tenggelam timbul dalam satu yg tiada pasak.
dan.dalam pada itu, jasad ini mengalah pada hakikat.
hidup bukan kekal.suatu masa mati hati mati jasad.
suatu masa rapat tertutup pintu taubat.
oh.manusia.Tuhan itu maha memaafkan.
pulang lah bila masih punya harapan.

............

Comments

  1. terkadang
    bukan hati ini tidak merasakan
    akan agungnya kuasa Tuhan,
    tentang murahnya rahmat Illahi,
    tentang diri dan kekhilafan
    tentang manusia dan kekerdilan.
    cuma...
    payah benar hndak ku langkahkan
    melawan arus deras keduniaan
    yg membawa segala kenikmatan
    kerana lazatnya disogok
    arak arak kemajuan
    yg kian mengkhayalkan...

    ahh...
    mungkin kelak akan tiba masa
    bila sampai seruNya.

    atau...
    perlukah aku mula melangkah?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

kusut

berjimat~

tak nyata~