.

salam ramadankareem.
dalam hidup ujian itu adalah kemestian.
sama ada muslim mahupun tidak, ujian itu buat tiap2 sosok yang bernama manusia.
namun yang membezakan adalah penerimaan kita.



dalam menggendong beban ujian, kita berdoa. tapi sangat malang kerana apa yang selalu yang didoakan adalah agar Allah menghilangkan ujian yang dihadap.
kemiskinan kita meminta kekayaan,
kematian kita meminta kehidupan,
penyakit kita meminta segera sembuh,
kekusutan tempat kerja kita meminta peralihan.
Tapi tetap ujian itu disitu, sebab kita akan diuji.

Cubalah.
kemiskinan kita minta kecukupan,
kematian kita minta ketabahan dan pengajaran,
penyakit kita meminta kekuatan,
kekususutan kita minta ketenangan.

ujian masih jua di situ, tapi kita menempuh dengan kecukupan, kekuatan, ketenangan, dan penuh percaya akan janji Tuhan.

maka.

Sedarlah atas muka bumi allah, bukan kita seorang diuji. 





Comments

Popular posts from this blog

kusut

berjimat~

tak nyata~