baik.

dalam tiap2 kurnian allah kepada kita,
ada bahagiannya utk yang lain,
maka ada andai kata adik beradik atau kenalan meminta bantu, ringan2kan lah bahagian kita, setakat termampu
kita tak rugi, kalau tidak dibalas manusia,
Allah pasti ada perancangannya,
kalau bukan hari ini, mungkin esok, atau mungkin di akhirat kelak.


harap2 juga kebaikan kita dapat menghapuskan dosa2 kita yang sering kita lakukan dalam sedar atau tidak, dengan insaf atau tidak.
kita nih neraka itu pasti, syurga saja masih belum pasti milik kita.
bnyakkan kebaikan, jangan pernah rasa cukup.
kita tidak tahu mana satu yang jadi sebab kita ke syurga.

harap2 juga kebaikan kita makin hari2 makin menangkis tompok2 hitam hati kita,
yang mungkin pernah riak, takbur, ujub.


harap2 juga kebaikan kita ikhlas,
tapi jangan kerana takutkan ketidakikhlasan, kita menjauhi kebaikan.
semua perlu latihan, begitu jua ikhlas.


jadi sama2 kita banyakkan kebaikan,
dikit demi dikit,
hari demi hari,
sampai nyawa terhenti.





Comments

  1. In shaa Allah...lakukan kebaikan walaupun sedikit... Sehingga nyawa terhenti.������

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

kusut

berjimat~

tak nyata~