salam alaikum...

hidup.
aku dan kamu ditakdirkan atas segala ilmu Allah,
kurang aku lebih kamu, dan lebih aku kurang kamu,
mahu kita persoalkan?


dewasa.
logika otak, usia bekalnya matang.
dulu aku dan kamu hingusan, kini kita menimbang,
dan kita memilih antara dua jalan.
"peritnya" keimanan, "indahnya" kefasikan.
dalam dunia sejuta habuan.


mati.
maka tamat segala rencana dan hikayat.
roh kita dipersoalkan, sedang jasad sekadar mayat.

pulang.
bakal ketemu kita Tuhan pemilik angkasa.
buku amal bongkar segala di hadapan umat manusia.
sebesar zarah tiada ketinggalan.
dengan kiraan Tuhan pemilik keadilan.

istirehat syurga.
bagi mereka yang dunia sebagai persinggahan.

marak neraka.
bagi mereka dunia jadi pelukan.


dan semua ini telah diceritakan.

ya allah.

Comments

  1. jzkk atas perkongsian.

    "dan semua ini telah diceritakan"..

    penulisan anda agak melankolik.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

kusut

berjimat~

tak nyata~