assalamualaikum wbt.
selangit tinggi puji-pujian kepada Allah yang mendatangkan lagi aku dalam musim luruh kali ini. keberadaan dalam rentak alam yang lagaknya perlahan lahan meninggalkan kemeriahan musim panas sungguh mengajak kita untuk mengembalikan segala kebesaran hanya kepada Rabb, Malik, dan Ilah kita, yang telah menjadikan kita dari setetes air mani, dan juga yang mematikan kita. subhanallah.subhanallah.subhanllah.
semalam sekali lagi mendengar pengisian sayonara Jahiliyyah oleh sahabat seperjuangan. sekali lagi menemplak diri. sungguh jahiliyyah itu adalah indah, sungguh indah bila kita menjadikan dunia, nafsu, dan manusia sebagai ukur tara. namun, kalau Allah, syurga, dan neraka sebagai ukur tara, jahilliyah nyata tersangat pahit dan kotor.
tapi, lumrah kita manusia, setinggi moksyar sekalipun ilmu dan amal kita, jahiliyyah itu tetap menjentik dan mengusik kita.syurga dan neraka sememangya kadang2 masih terlalu jauh, kerana itu ghaib. tapi, sampai bila kita mahu bertangguh, menunggu masa yang sesuai untuk berubah, sedangkan ajal kita mungkin terlalu dekat. biarlah kita tidak mencapai kesempurnaan sekalipun, tapi sekurang2nya kita mati mencuba. sungguh, Allah melihat amal dan usaha kita (at taubah 105). dan, sungguh Allah bukanlah kejam untuk tidak membantu kita untuk berubah.mencuba dan bertawakallah. tidak rugi pun.
allah. betul, iman kita ini nipisnya seperti kulit bawang. perlu sangat tekun menjaganya, agar tiada bocor, agar tiada lubang bagi rasa putus asa dan putus harapan pada Allah. takut nanti, jahiliyyah yang kita kendong memberatkan segala asa kita, dosa yang kita jamah mengunci ketat hati kita. ingatkah kita akan kisah bani Israel yang terlalu banyak berdalih hingga Allah menyesatkan mereka dengan sesat sesesatnya.
sungguh, tidak mudah hidup ini. Walhal, sememangya hidup dan mati ini adalah ujian pada kita, utk dilihat amal kita (al mulk:2). cabaran, tomahan, jelingan2 tajam, ketidakbiasaan, peruntukan masa memanglah sudah sebati dengan setiap gerak sendi perubahan yang cuba kita lakukan. biarlah, yakinlah kita bukan keseorangan. yakinlah, syurga Allah itu untuk semua siapa yang mahu. cuma, pilihan itu ditangan kita.
moga kita semua Allah tunjukkan jalan.

jzkk ats perkongsian ni.
ReplyDeleteTetapi jahiliyyah itu pelbagai bentuknya. Ia seperti gula-gula getah yang melekat di tapak kasut kita...memberatkan langkah kita dan membuatkan pergerakan ke hadapan lebih susah. Maka yang lebih mudah adalah hanya berdiri di situ. Tidak bergerak.
ReplyDeleteUntuk membasuh jahiliyyah dari diri adalah seperti menyental gula-gula getah itu dari tapak kasut. Kadang-kadang ia menyakitkan, tetpai jika tidak dilakukan jahiliyyah itu akan kekal membelenggu diri dan merantai kaki pada satu titik tetap.
Jahiliyyah itu kan pelbagai. Ada yang jelas pada pandangan mata kasar. Lebih mudah dikenalpasti, lebih mudah ditarget untuk aksi pembasmian.
Ada pula jahiliyyah yang halus mulus, yang kadang-kadang tak terlihat walaupun oleh mikroskop pancaran elektron. Maka, hanya hati yang ikhlas dan sentiasa takutkan azab dan murka Tuhannya lah yang akan sentiasa memuhasabah dirinya, meragui kecukupan keihklasannya, mengerut dahi memfokuskan pandangan pada setiap inci niat, ibadah dan aksi untuk cacat cela yang mungkin ada.
Tetapi, sudah tentu, manusia itu penuh dengan cacat cela.
Malah jahiliyyah itu juga apabila serangan dari orang-orang yang menggelar diri sahabat, yang tidak serasi jalannya, dapat mengganggu ketenteraman dan mengusik emosi?