perubahan.

tidak mudah untuk berubah.betul, kalau kejahilan, kedunguan, kebodohan, dan kegilaan sudah sebati dengan darah daging, sudah melekat ketat bagai belangkas.tiap2 hari bangun, kita jua masih berazam punyalah hebat untuk berubah,berikrar segala bagai, menanam cita-cita bagai menyemai benih yang baru, yang sangat2 kita harap untuk tumbuh mekar. bukan gitu?

tapi, pusing punya pusing, kita masih kita yang dulu, di takuk yang lama. mimpi memang hanya tinggal mimpi.kita masih bodoh, jahil, bangang, dan dungu.lantas kita mncari sebab untuk ditunding jari semata-mata untuk mengatakan bukan salah kita. ini semua keadaan, rakan sekeliling, tiada biah kata kita, dan mcm2 ribu2, juta2 alasan.

sedang sebenarnya macam2 berlaku atas dunia sekarang, yg sbnrnya menampar kelesuan kita untuk sedar akan perihal usia usang dunia ini.yakin kita pada hancur dunia ini suatu hari nanti jgn kita ragu-ragukan lagi, itu janji Tuhan yang mencipta alam, dan pasti yang akan mghancurkannya jua. dunia menggesa kita untuk timbul dari laut kejahilan, menghirup cahaya dalam cahaya. tapi ingat, cahaya dalam cahaya bukan kita dapat tanpa tiada peluh yang keluar dari liang2 kulit kita, tapi kita kena bekerja kan?.juga dunia mungkin sebaliknya, menggesa untuk kita terus hanyut dalam maksiat yang disangka nikmat. nafsu dan segala isi dunia kita ambil sebagai keramat, kerana itu yang tampak.

namun, dalam laut kebodohan kita, ada kelompok yg telah sedar mengajak kita untuk turut sedar , dan bergerak bersama.cuma tinggal pilihan pada kita......

bodohnya kita (aku).

ya allah..

Comments

  1. hu3..supo baco novel habiburahman!


    tidak mudah untuk berubah, verily!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

kusut

memory lane

088.