bunuh diri

bunuh diri.

rakan serumah saya ada menceritakan perihal kes bunuh diri oleh seorang pelajar Korea baru ini kerana gagal melepasi entrance exam. lantas membuat saya terfikir, tidak mustahil saya akan melakukan perkara yang sama sekiranya tiada dalam hati saya fitrah ketuhanan yang mengaku Allah sebagai rabb yang menjadikan dan mematikan hambaNya, dan sekiranya tiada keyakinan pada saya akan kehidupan selepas mati. dalam kesinambungan itulah, hati menolak terus jalan mati yang betul2 mati dan bertambah buntu itu.mungkin bagi mereka yang hanya ada dunia dalam kotak kehidupan mereka, ya bunuh diri atau suicide itu jalan pemutus dan penyelesaian kepada gugusan masalah yang timbul. sungguh senang, bagi saya mereka berfalsafah problems come because you live, so you better die. astaghfirullah...

Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuan hambaNya. (Al-Baqarah :286)


see hakikatnya, beban yang terbeban atas pundak kita adalah within our horizon of limit. tidak mungkin dan mustahil sama sekali Allah begitu kejam mencampak kita dalam permasalahan yang langsung tiada jalan keluar, yang akan akhirnya membinasakan kita secara total.


permasalahan.

dalam pergerakan umur kita yang makin hari makin pendek, masalah demi masalah akan muncul tanpa kita jangkakan sekalipun.lantas, kita akan bertindak.samada lari dari masalah dan membantutkan proses kematangan kita, atau berhadapan dan menjadi sedikit matang. jadi, saya secara jujurnya sangat mengagumi rakan2 saya yang cool dalam menghadapi hujan jutaan msalah. lagi2 saya kagum dan respect pada mereka yang bekerja menyebarkan agama ALLAH secara istiqamah walhal penentangan dan cabaran seakan2 merobek tiap2 sendi yang ada. kekuatan sedemikan amatlah saya impikan.

tapi saya, sering memandang masalah yang tiada lah besar mana pun sebagai bahan asing (foreign body) yang menyekat salur pernafasan. perlukan kekuatan di situ.

lagipun ujian itu penanda aras iman kita.bukankah Allah sudah menceritakan segalanya dalam kitab ajaib.



keputusan.

masalah yang timbul menekan dan merangsang untuk kita membuat keputusan yang terbaik.pengaruh yang datang dari dalam diri dan luaran akan membentuk corak pilihan dan keputusan yang kita buat. mungkin pada mata ramai orang sekililing kita memandang kita terlalu bodoh untuk memutuskan sedemikan atau sebegitu. dan kita menimbang balik jika ada betul apa yang dihambur oleh mereka. kita membaik pulih walau sedikit perit.


~~~

sungguh kedewasaan bukanlah satu mimpi budak kecil yang menjadi realiti, tapi satu paradok yang kita perlu sedut dan hirup secara berhikmah untuk memastikan hidup kita terus dalam keadaan yang benar hingga ajal menjemput kita.dan sudah pasti, jalan yang terbaik adalah yang diceritakan dalam kitab Ajaib dari Tuhan dan peniggalan Sunnah Rasulullah.


bila terlalu lancar saja menutur kata-kata, timbut rasa takut tentang keikhlasan dan pelaksanaan..

wahai orang2 beriman, mengapa engkau semua mengucapkan apa-apa yang tidak kau lakukan? besar sekali dosanya di sisi Allah, jika engkau mengucapkan apa-apa yang tidak kau lakukan

(as-saaf:2-3)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

kusut

memory lane

088.