selamat pulang~



Selamat pulang~

Tadi baru saja menghantar seniorita pulang ke malaysia, pulang untuk selama-lamanya.sama saja sperti camar yang pulang petang.mereka terbang, Cuma yang berbeza, senior tidak memiliki kepak seperti camar***ooooo***.bagi saya mereka miliki satu kegagahan, keteguhan, kejituaan, keyakinan, keterampilan, kesungguhan, kejelasmatlamatan, dan lain-lain –an.kalau tidak, manakan bisa mahu mengharung 6 tahun di perantauan, atas nama Russia terutamanya.yer Russia.dan apa yang lebih mantap adalah mereka antara pelopor terawal pelajar Malaysia di Russia.analoginya seperti seorng peneroka ladang.untuk membina satu tapak yang kukuh, sudah pasti pasaknya perlu teguh dan langsung tidak goyah.saya betul2 bangga dengan mereka.dengan izin Tuhan, mereka telah menyediakan apa yang kami junior terima hari ini.***termasuklah skema2 jawapan untuk exam..wehhehehe***hebat mereka di pandangan saya~..


saya difahamkam mereka diterbangkan menggunakan MAS..


~

Ikatan~

Tadi di lapangan terbang atau airport singkatannya, golongan kami ramai rupanya.kami terjalin atas satu dasar prinsip kehidupan yang bertunjangkan satu kepercayaan yang sama.ikatan kerana Tuhan Yang Menjadikan.kami muslim.percayalah.ini ikatan terkukuh yang pernah wujud dalam sejarah peradaban manusia.buat pengetahuan pembaca, kumpulan kami bukan saja terdiri daripada student malaysia, malah ada juga pelajar dan penduduk berbangsa Russia yang turut ikut serta.mereka juga islam.dan islam itu sama, kami juga sama.sungguh, Tuhan berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang mu’min itu bersaudara kerena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah SWT supaya kamu mendapat rahmat.”
(Al-Hujurat : 10)

~

Belum selesai~

Dan.setelah pemergian mereka, maka tinggalah kami yang perjalanannya masih terlalu jauh.saya sendiri tidak berani menjamin kesudahan yang macam mana.namun, apa yang pasti kami perlu meneruskan saja jejak ini~

Salam..

p/s: buat afham and the gang, selamat pulang dan selamat bekerja..uhuhuuuuuu

Comments

  1. selamat meneruskan perjuangan :)

    ReplyDelete
  2. tik aku sapa doh :)
    isi masa2 terluang kat volgo dgn benda2 berfaedah utk bekalan.
    ~sedap makan kat mlesia,hehe~

    ReplyDelete
  3. fam: selamat sampai...doakan kitorg selamat sampai juga
    atik: kita balik sesama nanti..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

kusut

memory lane

088.