refleksi.
#gentlereminderforme baru menelefon kenalan yang dalam kesulitan. tapi nadanya bersahaja saja.menelan setiap ujian dan bersyukur dan penuh pengharapan pada Allah setelah peluh2 yang keluar dari sendinya. aku berasa malu. betul. ramai yang mampu bersabar atas ujian. namun tidak ramai yang mampu bersyukur atas ujian. si isteri pernah kata di awal pernikahan. kalau dipandang yang diatas, sampai bila2 kita hanya rasa serba kekurangan. pandanglah yang dibawah, maka kita akan rasa lebih dari sekadar cukup. betul. layakkah kita mendakwa kita tidak cukup makan, walhal lunch kita rm10. Sedangkan rm10 bagi sesetengah bekalan untuk seminggu. layakkah kita mendakwa kita hanya menyewa, tiada rumah sendiri. sedangkan ada yang berfkir mana mahu berteduh bila malam menjengah. layakkah kita mendakwa tiada punya wang lebih untuk berbelanja baju baru, dengan badan tersarung baju bersih kemas digosok. sedangkan ada yang hanya ada beberapa persalinan yang mungkin digilir gilir d...