masa dan muhasabah

ok lah. year 2013 dah ditinggalkan, 2014 kita bertemu. tahu apa ertinya? satu tahun umur kita makin pendek.makin dekat dengan mati.

barangkali kita antara mereka yang sangat teruja dgn kehidupan. samaada kita amat teruja dan "selesa" dengan kemewahan, populariti, kerjaya yang elegen. dalam kata lain, kita sangat tidak mahu melepaskan dunia.

~~
volgograd, selatan Russia, 29 dis 2013, stesen keretapi utama yg sering menjadi permulaan perjlanan kami dari volgo ke moscow dibom. letaknya di centre yang tidak jauh dari kebnyakan kediaman pelajar di sini. 17 maut, ramai cedera.suspek pengganas (this one we called the lunatic exremist that define religion in the wrong way)

volgograd, selatan Russia, 30 dis 2013, satu trolibus no.15 yang sering menjadi salah satu pengangkutan awam yang hari2 digunakan oleh pelajar disini dibom. 18 maut. suspek pengganas.

~~

saya.dan yakin ramai yang lain pada hari kejadian jadi amat takut utk naik public transport.trolibus memang feveret transport, since membeli tiket bulanan. tapi hari itu, sanggup berjalan saja dari kelas ke rumah yang jaraknya dalam 2km.

banyak program yang dirancang terpaksa dibatalkan.

lantas benak otak kabut diserang soalan kenapa takut? takut mati kah aku? kenapa takut mati?
nyata, mungkin banyak lagi yang tertanya begitu. jawab saya senang, takut mati kerana meraskan amal belum cukup, banyak dosa yang belum kita taubat lagi, banyak silao kita belum mintak maafkan lagi, langusng tiada sumbangan aku pada agama Allah.

~~
mungkin ramai juga yang tidak bersetuju, maybe mengatakan memang perasaan takut itu normal. iye saya setuju. namun, masih satu persoalan nak tanya kpd diri sendiri pertama2 nya dan yang lain kiranya setuju: SUDAH BERSEDIAKAH KITA DENGAN KEMATIAN????

kita sudah lama tahu akan hakikat bahawa kematian tiada mengenal usia, tiada mengenal planat hidup kita yang masih bnayk belum terlaksana. namun mungkin kita dalam state of denial. kerana apa, meraskan kita masih lambat untuk mati.

~~

2014. dan kita masih mengutip amal2. kita langusng tiada tahu dari mana amal2 kita yang tidak seberapa banyak ini yang menjadi alsebab kita ke syurga. atau langsung tiada.

~~

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

kusut

berjimat~

tak nyata~