Posts

Showing posts from 2014

bumi cinta

Image
bismillahirahmanirahim. sekarang, keberadaan saya dalam hujung2 musim kehidupan di russia ini. jujurnya, pertama kali sampai di Russia, di volgograd khususnya, hati sedih dan sedikit kecewa. ianya bukan "oversea" impian ketika di sekolah dulu. tinggalan soviet jauh berbeza dengan gambaran oversea dalam kepala ketika itu. ~~ tapi, tak kenal, maka tak cinta. 6 tahun peghidupan di sini, mula membibitkan sedikit rasa cinta akan bumi ini. mungkin ia tidak semaju tanah2 lain, sistem pembelajaran juga selalu jugak dikutuk membabi buta oleh sesetengah pihak itu, namun di sebalik semua itu, ada banyak, terlalu banyak pengajaran dan kisah kehidupan yang saya belajar. Tidak mungkin Allah mentakdirkan ini tanpa sebarang manfaat buat saya. ~~ maka, benarlah tajuk novel karya Habiburrahman El Shirazi, russia saya anggap Bumi Cinta. dan, kepulangan saya ke tanah air kali ini , akan saya kandung segala kisah cinta dan kisah kehidupan di bumi ini. dan sungguh, segala rencana yang ...
Image
bismillahirahmanirahim. bukan permata, bukan mutiara. hanya daging busuk yang dihurung lalat saja. tidak mulia, tidak sempurna. cuma tulang keji di balut kulit berdosa. maka, iya layaknya tempat neraka saja. ~~ dan. daging busuk, tulang keji itu masih mengintai, salah ia saja, memang iya. maka. wangilah dikau daging busuk. mulialah kau si tulang keji. ~~ kerana harapan di sana masih ada.
Image
bismillahirahmanirahim. sudah berapa lama agaknya kita teragak-agak. sudah berapa lama jangkanya kita hanya menjangka. sudah berapa abad kita menempis realiti bab demi bab. sudah setakat mana lenguh kaki kita lari dan lari. sudah berapa lama kita pendam hilang tujuan. nyata. kita sakit, namun berkulitkan bahagia. singkaplah tirau itu, pasti cahaya tidak henti-henti meghujani.
Image
bismillahirahmanirahim. a heart that is darkly red tears that won't shed. a brain that is already dead. an empty torso on the limb that won't let. a stupid foolish tantrum that drive you mad. the sad truth that you keep on your back. and the just only good hypocrisy that shine instead. and we asked. O God, how should i actually act.?
Image
bismillah. dari hati singgah di hati. amal bakti, ikhlas dulu baru beerti. hipokrit.munafiq punah lah diri. bakal mati bodoh jasad dan hati. kerana manusia, kita jadi manusia. kerana manusia jua, Tuhan dijeling saja. kerana manusia, lagak kita puaskan mereka saja. kerana manusia, kita terlalu berkira-kira. mulut bicara gula pun kalah manisnya, mata gelap suram, hati hitam pekat saja, rupanya manis mulut sekadar ia, dasarnya nafi, cuma permukaannya tenang saja. dan. kita bertanya. Tuhan, aku ini bagaimana?
Image
bismillah. terlalu banyak pemberian Allah yang patut kita syukuri. tidak terkira banyaknya. terima kasih Allah atas keberadaan ini.

spring, the last

Image
Bismillah. Bersisa 2 bulan lagi, kaki bakal melangkah 2 atas bumi soviet ini.Dan utk spring kali ini, ciptanan Tuhan seakan2 mahu dipeluk erat. Terima kasih Allah atas peluang keberadaan ini.
iman. menanam yakin dan iman itu lagaknya menanam baka paling baik di atas tanah yg paling subur, disirami tiap masa yg patut, dibias mentari tiap masa yang patut. Lantas saja kemudiannya itulah pokok yang bakal bangun tinggi menjulang dalam keadaan meneduhi panas, membuahkan buah dan benih, yang manfaatnya bakal berpanjangan. Dan mencari baka yang baik itu tdk mudah, mencari tanah subut tidak mudah, menyiram tiap masa yg patut tidak mudah. Begitu menanam iman.mujahadah (usaha) nya amat besar nilainya. kerana sungguh keimanan pada Allah, rasul, dan seisisi islam itulah yg memberi penghidupan. Tengok saja bagaimana terujanya kebanyakan revert (muallaf).iman mereka itu maharnya pengorbanan kehidupan mereka yg dulu. dan saya dan ramai lagi, kita masih mencari kemanisan iman itu. kita mungkin tdk merasnya lagi krn bnyk benda yg kita tdk mahu korbankan. Masa, duit, pemikiran, . Banyak benda yg kita takutkan. Judgement,penolakan, kepayahan. Allahu, tiada yg mudah. Tiada yg mudah.

gay.

bismillahirahmanirahim. ehem.tajuk nak kontrovesi je kali ini. ade terbaca satu artikel ore putih menceritakan bagaimana seorang budak lelaki yg disuruh bapa2nya (bukelah ibu bapa) yg  gay   utk melihat saja perlakuan seks rakus mereka yang keterlaluan.bukan sekali atau dua, malah hampir hari2. malah, kadang2 bangun pagi saja, budak itu melihat bapa2nya melakukan perbuatan kebinatangan ituu di atas katil tidurnya, dalam biliknya. tahu perasaan mcm mane baca artikel itu. mahu saja saya menembak mati si bapa2 yg kebinatangan itu. dan. manusia masih mahu bercerita tentang memberi hak asasi (to legalise gay marriage) pada manusia gay ini? mana pula hak asasi budak itu utk hidup di bawah jagaan ibu bapa yang normal? bodoh. usah bercerita dari segi agama, sudah jelas islam, kristian, dan banyak lagi agama yg lain menentang keras perbuatan luar tabii ini.tapi, masalahnya sekarang, manusia yg tidak percaya tuhan (sombong dan egonya mereka) makin ramai.  apabila hilang p...

masa dan muhasabah

ok lah. year 2013 dah ditinggalkan, 2014 kita bertemu. tahu apa ertinya? satu tahun umur kita makin pendek.makin dekat dengan mati. barangkali kita antara mereka yang sangat teruja dgn kehidupan. samaada kita amat teruja dan "selesa" dengan kemewahan, populariti, kerjaya yang elegen. dalam kata lain, kita sangat tidak mahu melepaskan dunia. ~~ volgograd, selatan Russia, 29 dis 2013, stesen keretapi utama yg sering menjadi permulaan perjlanan kami dari volgo ke moscow dibom. letaknya di centre yang tidak jauh dari kebnyakan kediaman pelajar di sini. 17 maut, ramai cedera.suspek pengganas (this one we called the lunatic exremist that define religion in the wrong way) volgograd, selatan Russia, 30 dis 2013, satu trolibus no.15 yang sering menjadi salah satu pengangkutan awam yang hari2 digunakan oleh pelajar disini dibom. 18 maut. suspek pengganas. ~~ saya.dan yakin ramai yang lain pada hari kejadian jadi amat takut utk naik public transport.trolibus memang feveret t...