mati.satu kepastian yang memutuskan.
" setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada kami" (al anbiya 21:35) baru hari itu ada berbual dgn mutorabbi yang juga sahabat yg saya kasihi kerana Allah berkenaan mati. tentang hasratnya utk mengimankan sendiri solat jenazah kedua ibu bapanya nanti. dan pagi tadi, dikejutkan dgn berita pemergian abangnya dan isteri akibat kemalangan. 2 minggu lepas, juga kami di volgo, diberitakan dgn pemergian sorang ibu pelajar di sini.inalillahiwainailahirajiun. begitu lah mati.langsung kita tdk mampu utk lari darinya, walau berhati2 macam mana sekalipun perlakuan kita, walau pelbagai langkah2 pencegahan kita laksanakan, walau berjuta duit kita habiskan untuk memastikan kita sihat, namun mati itu sangat pasti dan masa setiap dari kita pasti bakal tiba. mungkin esok, lusa, tahun depan, 3 tahun depan, etc... lantas, mati menjadi tazkirah paling hebat bagi menjentik kelalaia...