mati.satu kepastian yang memutuskan.

"setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan  hanya kepada kami" (al anbiya 21:35)

baru hari itu ada berbual dgn mutorabbi yang juga sahabat  yg saya kasihi kerana Allah berkenaan mati. tentang hasratnya utk mengimankan sendiri solat jenazah kedua ibu bapanya nanti. dan pagi tadi, dikejutkan dgn berita pemergian abangnya dan isteri akibat kemalangan. 2 minggu lepas, juga kami di volgo, diberitakan dgn pemergian sorang ibu pelajar di sini.inalillahiwainailahirajiun.


begitu lah mati.langsung kita tdk mampu utk lari darinya, walau berhati2 macam mana sekalipun perlakuan kita, walau pelbagai langkah2 pencegahan kita laksanakan, walau berjuta duit kita habiskan untuk memastikan kita sihat, namun mati itu sangat pasti dan masa setiap dari kita pasti bakal tiba. mungkin esok, lusa, tahun depan, 3 tahun depan, etc...

lantas, mati menjadi tazkirah paling hebat bagi menjentik kelalaian kita dengan keduniaan, menghentak benak yang alpa dgn akhirat. nabi saw penah bersabda, sungguh mereka yg bijak adalah yang mengingat mati. iya, mereka yang ingat pada matilah yang paling genius, paling berakal, paling bersedia. kerana apa? kerana rupa2nya hidup ini hanya sekejap saja, sangat sekejap. bayangkan kehidupan dunia adalah hanya satu inci dari satu garis yang infiniti, yang mana lebihan inci itu adalah alam barzakh dan kehidupan akhirat yang kekal abadi, kehidupan kita yang sebenar.

dalam surah al mulk, ayat 2, allah mengingatkan : 
" yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya"

lihat, bagaimana allah menekankan mati terlebih dahulu, baru kemudia hidup. itulah hakikatnya, mati pemutus tiap2 amalan kita, pemutus harapan kita. teringat kisah di dalam al quran, bagaimana menyesalnya sang ahli neraka, meminta dihidupkan kembali walaupun sekejap di dunia, untuk mereka kembali beramal. namun, sudah 100% tentu, utk kembali ke dunia setelah mati adalah mustahil (kecuali dgn kehendak allah).

suka juga saya untuk berkongsi sedikit sharing drpd sister yasmin mogahed. bagaimana, akhirat itu analoginya seperti ribut yg bakal mendatang, kita mendengarnya amaran dari radio acap kali ttg bakal datangnya ribut itu. bodohlah kita, kalau tidak mahu mencari tempat perlindungan. bodohlah kita kiranya kita hanya berpeluk tubuh, selesa melayan kehidupan kita yang amat selesa dgn kduniaan, dan akhirnya kita mati dgn menyesal dibalun ribut kerana tidak yakinnya kita akan ramalan ribut itu. begitu akhirat wahai sahabat, ianya satu peringatan yg sudah acap kali kita dengar, Allah juga mengulanginya di banyak surah dalam Al Quran. beriman kah kita dgn peringatan Allah ini, yakinkah kita yang kita bakal mati dan dibangkitkan balik utk dihisab amal kita?

inilah realiti nya wahai sahabat. usah kita mencari lagi apa erti hidup dari falsafah manusia, usah kita sandarkan puncak kegembiraan kita pada hidupnya di dunia yang amat sekejap, usah kita bengong mencari makna hidup dgn berlandaskan nafsu semata2.  fikir-fikirkanlah sahabat akan matinya kita. makin tua kita, maka makin hampir matinya kita. bagaimana amal kita, bagaimana persediaan kita, bagaimana sahabat?

tidak lebih sahabat. penulisan kali ini tidak lebih tazkirah buat diri saya pertama2nya, dan pada kita semua. marilah kita mula menimbal balik amal kita utk kita bekalkan di akhirat nnati. bayangkan celakanya ita andai kitab amal kita, kita terima di tangan kiri. bayangkan, bagaimana gembira yg maksimanya kita andai kitab amal kita terima di tangan kanan.

jom kita mengigat mati. wallahualam.




Comments

Popular posts from this blog

kusut

berjimat~

tak nyata~