"sungguh org kafir merencanakan tipu daya yg jahat, dan Allah pun membuat rencana yg jitu" (86:15-16)

Russia, negara bekas soviet, namun tiggalan soviet masih meninggi. Merangkau sejarah kita akan membongkar, di era komunis, masjid, gereja dihapuskan. Muslim diharamkan solat, malah apa saja perlakuan berkaitan agama diharam secara total.iye, totalis.mereka mahu manusia mentuhankan manusia, komunis yang langsung menolak fitrah ketuhanan. namun, tetap allah hidupkan hmbanya yang terus menerus yakin pada deen ini, walau bilangan sedikit. Lantas, islam mendominasi tempat kedua ( klu x silap) pilihan hidup dan pegangan penduduk russia zaman kini.tapi, soviet masih berbaki.

" sbarang kegiatan dan perbuatan berkaitan agama diharamkan di persekitaran uni". Itu peraturan asal, sejak dulu lagi bila kami menapak di sini menjamah sedikit ilmu medik. Namun, pihak uni beri sedikit kelonggaran buat kami. Lantas, celah2 pintu, koridor gelap, bawah tangga, kami jadikan tempat sujud kami, berehat seketika dari kepenatan menghambat dunia.

Dan minggu ini, kami digemparkan. Sedih berbaur marah semua ada. Ada manusia jahat tdk berhati perut mencuri merekod video adik2 junior kami sdg bersolat di bawah tangga, menghantarnya pada stesen tv. Paling parah, dituduh sbg propaganda extremist. Berita tersebar, uni kami diberi warning.

Akibatnya, kini kami dilarang bersolat di tempat yang pernah kami sujud.buat masa sekarang.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

kusut

088.

memory lane