hari ini juga salah satu dari segala bagai nikmat Allah. salji turun tatkala manusia mengira kini sudah mengimpikan haruman musim bunga. tapi, tidak. ini perihal alam hanya Allah yang aturkan. dan pagi hari ini, salji masih turun. mungkin lebih tepat, turun membasahi bumi Allah. salji di musim bunga lagaknya seakan2 hujan jua, tapi titisannya lebih lembut, lagi lembut dari kapas, jatuh dan meresap terus dalam tanah. dan, juga masih tiada tanda2 daun akan bercambah, bunga akan berputik.lagaknya musim sejuk bakal tiada penghujungnya. alllah. allah. allah. dia pengatur segalanya.
~~

masih lagi kaki diheret bagai bangkai kosong ke kelas pagi tadi. dari ceruk mana hinggap malas yang gah bagai rantai besi yang mengikat. sistolik dan diastolik jantung perlahan merentas masa, darah bagai tertumpu menuju graviti, meninnggalkan otak kurang bekalan, kadar pernafasan cukup2 untuk meneruskan kehidupan, jejari anak mata luas mencari sumber cahaya. semuanya pasif dek dominasi parasimpatetik.


~~

mahu saja ikut hati. biar saja tilam empuk sarang sejuta mikrobs itu terus mengulik tidur hingga cahaya mentari tegak di atas langit, memanah di celah2 dauh tingkap.betul, ikut hati yang mati begini, kita akan mati. ikut rasa begini, kita binasa. ikut nafsu begini, kita lesu.

dan dengan nikmat, keyakinan akan rezeki di waktu fajar yang memberi satu pengarahapan pada sebuah kehidupan (no wonder Allah sampai bersumpah demi waktu fajar), segala tulang dan kekuatan dikerah untuk bertemu pemilik waktu indah ini, dan terus menerus memulakan kehidupan di balik riuh rendah dunia luar sana...


owh.biar hidup ini buat Allah semata. biar payah, asal cuba.

Comments

Popular posts from this blog

kusut

berjimat~

tak nyata~