bismilllah.

betul, pada jurang penghabisan hayat dunia, kita barangkali ditarik2 anasir2 jahil dan bodoh, yang menyebabkan kita sangat takut dan tidak yakin lagi akan kebenaran. perdebatan, perkelahian, perbezaan, penghukuman, buruk sangka, pembencian, dan sekutunya berleluasa. dan hanya yang bijak dan miliki matlamat yang besar (matlamat bukan dunia) saja yang mampu meredah arus yang sangat menentang. menentang yang habis-habisan, walau dibalik kehidupan yang tampak normal.

betul, Tuhan hanya mengilhamkan kita dua jalan, hak dan batil, setelah kita dulu dicipta dengan cukup sempurna untuk menimbang (rujuk tafsir as syam, 7-8).

entah apa lagi agaknya yang masih mengheret, yang bergantung pada bangkai hati, yang memberatkan langkah, yang menyekat dan mengikat kaki setelah sudah datang pelbagai macam bukti kebenaran, segala teladan pedoman, segala cahaya yang menangkap masuk telus ke corong-corong hati...entah apa lagi?...

owh ya allah..

Comments

Popular posts from this blog

kusut

berjimat~

tak nyata~