Posts

Showing posts from March, 2012
hari ini juga salah satu dari segala bagai nikmat Allah. salji turun tatkala manusia mengira kini sudah mengimpikan haruman musim bunga. tapi, tidak. ini perihal alam hanya Allah yang aturkan. dan pagi hari ini, salji masih turun. mungkin lebih tepat, turun membasahi bumi Allah. salji di musim bunga lagaknya seakan2 hujan jua, tapi titisannya lebih lembut, lagi lembut dari kapas, jatuh dan meresap terus dalam tanah. dan, juga masih tiada tanda2 daun akan bercambah, bunga akan berputik.lagaknya musim sejuk bakal tiada penghujungnya. alllah. allah. allah. dia pengatur segalanya. ~~ masih lagi kaki diheret bagai bangkai kosong ke kelas pagi tadi. dari ceruk mana hinggap malas yang gah bagai rantai besi yang mengikat. sistolik dan diastolik jantung perlahan merentas masa, darah bagai tertumpu menuju graviti, meninnggalkan otak kurang bekalan, kadar pernafasan cukup2 untuk meneruskan kehidupan, jejari anak mata luas mencari sumber cahaya. semuanya pasif dek dominasi parasimpatetik. ~~ mah...
bismilllah. betul, pada jurang penghabisan hayat dunia, kita barangkali ditarik2 anasir2 jahil dan bodoh, yang menyebabkan kita sangat takut dan tidak yakin lagi akan kebenaran. perdebatan, perkelahian, perbezaan, penghukuman, buruk sangka, pembencian, dan sekutunya berleluasa. dan hanya yang bijak dan miliki matlamat yang besar (matlamat bukan dunia) saja yang mampu meredah arus yang sangat menentang. menentang yang habis-habisan, walau dibalik kehidupan yang tampak normal. betul, Tuhan hanya mengilhamkan kita dua jalan, hak dan batil, setelah kita dulu dicipta dengan cukup sempurna untuk menimbang (rujuk tafsir as syam, 7-8). entah apa lagi agaknya yang masih mengheret, yang bergantung pada bangkai hati, yang memberatkan langkah, yang menyekat dan mengikat kaki setelah sudah datang pelbagai macam bukti kebenaran, segala teladan pedoman, segala cahaya yang menangkap masuk telus ke corong-corong hati...entah apa lagi?... owh ya allah..