Posts

Showing posts from July, 2010

terbang~

diceritakan spesies2 burung sperti burung upeh dan botak kecil, sekendi kepala hitam dan kedidi kaki hijau yang boleh ditemui di Kuala Gula, Perak akan mula terbang pulang ke sarang masing2 di Amerika, Australia, Canada, dan lain2 negara eropah.itu normal bila musim panas. begitu juga saya dan rakan.akan pulang esok.volgo-moscow-kl-kelantan. train dan plane .akan meninggalkan russia "tercinta" secepat mungkin. mahupun begitu, perjalanan dalm train bakal memenatkan.saya membwa pulang russian earl tea sebagai buah tangan dari kejauhan. p/s: doakan semua selamat i'allah

tahu~

assalamualaikum dan hi.. ini buat diri... tahu itu tidak semestinya mahu, itu tahu yang disekat takut, akhirnya distraksi tercetus, menghalang segala tingkah yang perlu, kelak kita sesal dan menangis pilu, sedih bukan?.. p/s: ilmu tanpa amal bagai pohon tidak berbuah~

mahu pulang~

bila buka saja mata, otak ligat membilang angka.bila mahu pulang. biar tiada ayam itik mahupun lembu yang saya bela, tapi aroma itu saya rindu. mulut, bibir, gigi, lidah juga sudah letih dengan menu di sini.mahu seperti di rumah. ikan kukus yang digoreng dicicah budu.emmm..bravo!!!..betul2 mahu.. saya kira sekarang saya sudah dikurniakan lebih kurang 12 anak saudara.owh saya tidak pasti angkanya.terlalu ramai.subur kakak dan abang2 saya. =).. kalau di rumah semua ada, agak serabut.tapi bila jauh, baru terasa erti jadi bapak saudara.hahaha.. biasnya, saya akan menceritakn salji itu semacam lembutnya kapas putih, sejuknya seperti sejuk dalam peti sejuk.semua ternganga.malah suruh saya membawa pulang sedikit salji.disuruhnya saya letak di dalam bekas kedap haba.wujud ke? dulu, saya juga peneman tidur mereka.bercerita cerita2 yang merka suka dengar.bagaimana besar saiz seekor ular anaconda dan sebagainya.mereka pula menokok tambah.rindu begitu. entah.bosan.bosan.bosan.haih.betul saya mahu ...

summer~

Mimpi semalam masih belum menemui akhirnya, Silau mentari menyergah di balik daun musim ini, Suhu kalau aku bilang mereka tidak percaya, Betul.rasa ini sungguh menyengit kulit tipikal melayu, Panas.kering.dahaga.satu kombinasi sejati. p/s: ini baru dunia.

bekas~

salam.. jejak kaki atas pasir halus, terus padam kalau bayu berdesus, jejak kaki paling atas pada permukaan.. bekas pada hati, tetap teguh walau dihumban beliung, bekas paling dasar dalam kerak bumi.. p/s: ironinya, bekas inilah yang sungguh subjektif dan merubah pandangan untuk selama mungkin..

Mencari ikhlas~

Ikhlas.itu ibarat nadi dalam beramal.seakan nyawa pada hati yang bersih.dan bagai roh pada iman yang hanya menyembah Tuhan yang satu.ikhlas itu tidak kotor.ikhlas lahir dari rasa cinta pada Tuhan melebihi segala-galanya.juga dari rasa yakin akan keesaan dan segala kekuasaanNya sebagai perencana setiap kejadian, pengatur setiap ruang masa yang lepas, sekarang, dan akan datang.tanpa ikhlas, amal tersekat di pintu langit.buat apa beramal kalau bukan kerana Tuhan?.ikhlas itu pemadam riak, ujub, dan sekutu-kutunya.percayalah, dengan ikhlas manusia hidup dengan erti kata benar2 hidup… “ Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am: 162). p/s: kerana saya juga masih belajar~

review dan hidup~

Assalamualaikum dan hi.. Setelah separuh bulan saya berpraktikal saya rumuskan saya telah membuat 12 insulin injection , 0.5 intramuscular injection [spearuh jalan da, tapi disebabkan lembap, nurse merampas jarum di tangan], 3 kali iv line , sekali ECG, bebera kali measure bp, sterilization, sekali bandaging,measure blood glucose level [tengok], termasuklah gunting dan susun kertas, 2 kali angkut diet container . Ok lah untuk budak second year . Jadi, exam telah lepas.berhajat petang ini mahu bersama kudin ber ‘jogging’ to death di tebing sungai Volga, dan pulang dengan cergas dan badan sperti model of the year .mitos semata-mata.hahaha [tersenyum puas dan kejam]. ~ Hidup~ Mudah.kita diberi pilihan.andai kita pilih untuk membenci, maka kita akan sakit.dan andai kita memaafkan, kita bahagia I’allah.semudah itu saja. Yang lain-lain hidup masih pada kadar normal bersama- sama masalah2 picisan.dan saya tidak mahu menjadi bodoh dgn melayan masalah picisan tersebut.juga msalah ...

selamat pulang~

Image
Selamat pulang~ Tadi baru saja menghantar seniorita pulang ke malaysia, pulang untuk selama-lamanya.sama saja sperti camar yang pulang petang.mereka terbang, Cuma yang berbeza, senior tidak memiliki kepak seperti camar***ooooo***.bagi saya mereka miliki satu kegagahan, keteguhan, kejituaan, keyakinan, keterampilan, kesungguhan, kejelasmatlamatan, dan lain-lain –an.kalau tidak, manakan bisa mahu mengharung 6 tahun di perantauan, atas nama Russia terutamanya.yer Russia.dan apa yang lebih mantap adalah mereka antara pelopor terawal pelajar Malaysia di Russia.analoginya seperti seorng peneroka ladang.untuk membina satu tapak yang kukuh, sudah pasti pasaknya perlu teguh dan langsung tidak goyah.saya betul2 bangga dengan mereka.dengan izin Tuhan, mereka telah menyediakan apa yang kami junior terima hari ini.***termasuklah skema2 jawapan untuk exam..wehhehehe***hebat mereka di pandangan saya~.. saya difahamkam mereka diterbangkan menggunakan MAS.. ~ Ikatan~ Tadi di lapangan terbang a...

senantiasa~

Kita senantiasa, Mengharapkan hidup setenang air di kali, Menaruh pada hati yang mekar dan segar, Menggarapkan hidup secerah pawana, Biar segala-galanya indah. Pokonya, Tuhan berfirman.. “maka, setiap kesulitan ada kemudahan” (al insyirah, 5) Itulah peraturan hidup, Kesusahan adalah sebahagian yang melengkapi~ p/s: sebulan satu penantian~