anak.


tanggal 29 may 19, selepas 2 tahun ijab kabul diikat,
allah mengurnikan seorang zuriat.
entahlah, saat mahu melaungkan azan di telinga anak kali pertama ,
rasa terlalu besar pemberian allah.
terima kasih allah.

moga.
dalam apa saja kegilaan dunia hari ini,
pertandingan di media sosial yang lagaknya amat memenatkan,
sungguh hanya pada allah berharap,
agar dikurniakan kekuatan dan kejelasan jalan yang terbaik,
bagi aku dan isteri mencorak pegangan dan akhlak anak ini,
dengan intipati yang betul,
agar setelah mati memutuskan ikatan atas dunia ini,
biarlah anak ini jadi aset dan saksi kami di hari hisab nanti,
biar jadi salah satu asbab untuk diberi nikmat syurga.

selamatlah kau hidup duhai anakanda,
Wan Izz Nuqman Wan Mohamad Atikullah.





Comments

Popular posts from this blog

kusut

berjimat~

tak nyata~