ada apa dengan kita?







bismillahirahmanirahim.

harta dan rezeki.
sering kali kita merasakan kitalah yang menetukan liku hidup dan corak masa depan kita.
kita merancang untuk menjadi kaya, memilik harta bergunung ganang
maka kita bagai mahu mati mengumpul duit seakan2 tiada bisa yang mampu menghalang.
kita beranggapan hidup dunia perlu begitu. maka kita mati, kita lupa Tuhan.

walhal dalam jauh beribu2 kedalaman lubuk dada kita, kita terpaksa mengaku kita manusia. 
maka bila ada batu2 penghalang, duri2 pemusnah harapan kita, kita kebingugan, dan kita kecewa.

duit yang dikumpul terpaksa dibelanja bagi tujuan perubatan, baiki kereta yang rosak, dan kadang2 kita tidak sedar mana hilangnya duit yang dikumpul. tiada berkat. akhirnya, kita bakal sedar atau telah sedar yang akan kita bukan pemilik, tapi kita peminjam segala2nya.


tersekat di takuk, menjadi sebusuk2 air.
maka dalam kebingungan kita mejalani kehidupan, kita meletakkan kebodohan mengaburi segala . kita tidak pernah menjadi kuat dari kelemahan kita, tapi kita tenggelam bersamanya. kita akan sentiasa dan sentiasa membandingkan nasib kita dengan yang lebih baik dari kita. dan, hasilnya kita sentiasa merasakan kita makhluk paling malang yang dicipta. maka, kita melayari kehidupan dengan tanggapan sebegitu sehingga kita menjadi air yang tersekat di takuk, menjadi sebusuk2 air, yang hanya sedap dipandang, tapi dihidu, dijamah jauh sekali.


maka hiduplah.
dalam pada kita sedar atau tidak, kita menerima atau tidak, kita terpaksa hidup dengan segala asa. sama ada kita hidup dalam kecewa sehingga lah kita mati, malah kekecewaan kita kekal bersama kematian kita. atau kita mengorek dinding2 kepompong, untuk terbang dan hidup dengan betul, dan kekecewaan itulah yang mati.


dan. masa terus dan terus melewati.




Comments

Popular posts from this blog

kusut

088.

memory lane