kebekuan.

assalamualaikum.

sungguh tidak saya menjangkakan suatu masa saya akan berada dalam keberadaan sebegini. pada suhu musim sejuk yang bakal mencecah -35C hingga memaksa pihak universiti mengisytihar cuti 2 hari. bagaimana mahu gambarkan kesejukan ini agaknya. pada suhu -28c pagi tadi pun, rasa seakan2 angin yang lagaknya bertiup lembut, namun menggigit liang2 roma hingga menjamah tulang sumsum. walhal mentari terang benderang di puncak langit, namun habanya habis dimamah dingin kemuncak musim sejuk. dan salji yang setebal lutut itu sekalipun seakan-akan langsung tidak mahu berganjak walau seinci. stokin berlapis, badan berbalut kemas, dari hujung rambut ke hujung kaki, yang tinggal hanya mata dan hidung untuk bernafas. subhanallah, siapa mampu menjangkau kuasa sang Rabb.


lagi dalam perjalanan ke Antituberculotis Dispenser tengah hari tadi, dari kejauhan dalam bas, kelihatan 3 org polis seakan2 menguruskan sekujur badan (lagaknya seperti mayat) di tepi jalan.saya tidak pasti, tapi yang terlintas di benak itu mungkin the homeless guy yang selalu duduk merempat di sekitar kawasan itu. adakah kesejukan yang amat garang kali ini telah membunuh. tidak mustahil bagi saya.
~~

pada kemuncak musim sejuk yang bengis kali ini, saya memulakan cycle pediatric. melihat suasana hospital yang penuh kanak-kanak suatu kelainan bagi saya yang sudah agak dewasa ( konon lah dewasa). ditambah pula, kami sekelas dibawa melihat, menyentuh, meghulurkan sedikit kasih sayang dan senyuman pada Ivan, seorang bayi 4 bulan yang ditinggalkan tiada beribu tiada berbapa. ya, allah sayu sungguh melihat raut wajahnya, sangat sempurna penciptaannya, langsung tiada cacat cela, gelagaknya yang seakan2 suka dan senang dengan kedatangan kami membuak-buakkan lagi rasa menyampah terhadap si ibu yang sanggup melepas pandang dan amanah terhadap satu lagi makhluk Allah yang cukup sempurna. terus, tumbuh niat saya mahu terjun ke disiplin pediatric bila kerja nanti.

~~

lagi saya teringat kata2 seorang akh ni..

"hidayah tuh macam tetamu yang datang ke rumah. hidayah tuh mengetuk pintu hati, so depend on kita mahu buka pintu atau tidak.

juga hidayah itu bagai benih yang baik. baik macammana pun baka benih, kalau tidak disemai di tanah yang subur, tidak dibaja dan disiram, kalau tidak disinar cahaya mentari, mana mungkin benih mahu tumbuh menjadi pokok yang berbuah mekar."..


Comments

  1. berbuat baik pada anak orang, kita akan dapat ganjaran yang sesuai. InsyaAllah.

    Bestnya dah masuk cycle.

    ReplyDelete
  2. اللهم ارزقنا رزقا واسعا، وصحة وعافية

    ReplyDelete
  3. kesejukan sampai skrunk.. ~ kekuasaannya..

    ReplyDelete
  4. mata keyboard kamu makin tajam.....great~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

kusut

088.

memory lane