salam alaikum.

betullah, manusia ni hanya layak untuk merancang saja, yang betul2 bakal terjadi itu sudah tentu dari Allah saja. plan saya dan bdak2 rumah untuk bercuti ke Sochi pada winter break ni langsung terbatal, bila tiba2 saja kami perasan tiket tren kami bertarikh 6 januari, bukan 26 januari.arghhhh, bagaimana kami sangat cuai utk tidak periksa balik tiket tu di kaunter.. owh, pada mulanya, sudah tentu sedih yang amat.sudah hebah dan kecoh kami berbual panjang semua aktiviti yang bakal dicuba. snow skiing, snowboarding, menikmati indahnya angin musim sejuk dari laut hitam, merasa madu segar dari ladang, dan banyak lagi. namun, semua tergendala. kami pasrah, bukan takdir kami seperti perancangan. volgograd pun apa kurangnya...

owh.tiada guna menyesali.

lupakan.

jadi. untu mengisi masa2 lopong ini, ada juga saya blog hopping, membaca dan mengutip hasil fikiran mereka. apa yang saya perasan, ramai yang menulis tentang umur dan proses.

~~


sedar mahupun tidak, saya sudah melangkah era 22-an. scara kasar, sudah 5 tahun meniggalkan zaman sekolah menengah. age comes with the wisdom. ada benarnya, sedikit sebanyak bertambah umur memaksa kita untuk berfikir menjangkau sedikit jauh. sebab, kita sudah mula tahu bakal kesan dan perubahan yang terhasil dari keputusan dan pilihan yang kita buat. walau sedemikian rupa (inilah penanda wacana kegemaran di zaman spm dulu), kadang2 kita memilih untuk tidak memilih yang betul.atas seribu macam alsebab. kepayahan, cemuhan, ketidakbiasaan, peminggiran, dan sejuta lagi.

~~

pernah seorang senior merangkap kawan yang saya respect bercerita dan mengulas panjang perihal menjadi seorang yang analytic , tidak menerima bulat2, bertaklid membabi buta. saya menyetujui, sedangkan islam yang kita anuti sekalipun bukanlah tertegak tanpa alsebab, tapi berpaksikan dalil dan bukti. cuma, masih pilihan atas kita. kata kawan saya itu, to be an analytic person, kita perlu bekerja lebih keras, mencari, bertanya, menganalisis, dan kemudian membuat pilihan. satu personaliti dan ciri-ciri yang perlu bagi saya untuk menghidupkan hidup dalam dunia yang sudah di jurang kepelbagaian yang amat.


~~

hati itu masih lagi yang paling vital dalam menterjemah tiap2 laku dan gerak kita manusia. hati bagai raja, baik hati, baiklah kita, busuk dan keji hati kita, macam bangkailah yang kita kandung. (sila refer hadith 40). begitulah, tiap2 benda bermula dari hati, dari niat. walau sehebat mana, sealim mana, sebaik mana kita pada pandangan manusia, itu bukan kayu ukur selagi niat kita kecundang entah ke mana. dan, jujur bagi saya itu langsung tidak mudah. bila mana, kita dikeliling mata2 yang suka sangat menilai dan memuji, menilai dan mengutuk. saya yakin ramai kita yang sentiasa berdoa agar hati yang kita ada itu sekurang2nya masih ada nilai pada sisi Allah.


wallahualam.





Comments

  1. touching la entry ni......la tahzan bro..semua yang berlaku ada hikmahnya...“Semoga usia semakin meningkat seiring dengan iman dan ilmu.”

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

kusut

memory lane

088.