pendosa.


kian teguh kaki dia memaku bumi Tuhan,
makin ketat mata dan telinga dari bunyi sekeliling,
dan makin kuat lolong dari rongga hatinya,
yang deras menyentak haluan kiblat.

cengkerang dosa yg bertimbun,
entah bagaimana bisa dia menaggung,
mahu saja dilayarkan jauh ke hilir,
bila mentari sore tengelam, menenggelamkan episod silam.

bisik suara entah dari mana,
menjentik dia untuk menjamah lagi nikmat maksiat, kononya.
iya lah, mana mungkin taubat dia itu sampai pada Tuhan,
kalau jelas sudah dia manusia pendusta,
bermandikan kemungkran Tuhan sahaja,

dan.pada dua pilihan.dia hanya kaku.


sedangkn.
apa yg meghalang pembunuh 100 jiwa itu untuk bertaubat,
apa yg menghalangnya?
langsung tiada makhluk dari segenap cekerawala yg menjadi dinding.
hanya tinggal sisa dari kulit berdaki sendiri.
yang menebal dan menutup segala pintu.
dan.yg lain langsung tiada yg menghalang.

sungguh.
Tuhan yang menjadi raja sekalian alam.
adalah yang Maha Pemurah.Maha Penyayang.
Maha memiliki nama-nama yang agung.
dan dia jualah Maha penerima taubat..

allah.allah.allah.allah..

“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az-Zumar: 53)Italic


taubat itu satu pengharapan yg masanya adalah berpanjangan dan senantiasa.







Comments

  1. Bahagianya Nabi Adam AS atas 5 perkara iaitu mengakui dosanya, merasa menyesal, mencela dirinya, berTAUBAT dgn segera dan tak putus harapan dari rahmat Allah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

kusut

memory lane

088.