baju kebiasaan.
manusia yang berbaju kebiasaan. memiliki rasa tipikal bagi insan. kadang kecundang dibalun ribut petang. kadang selamat dan bahagia dibawah perabung kenikmatan. manusia yang berbaju kebiasaan. logiknya hanya menapak pada tanah Tuhan. dongaknya juga tidak kemana kalau bukan ke langit ilham. peluh dan keringat busuk hebat diterbangkan. dalam saat hebat menyinggah angin kebongkahan. jangan.kerana hakikatnya kita ini hanya menumpang. manusia yang berbaju kebiasaan. terikat pada perjalanan dan peraturan. tidak salah gelojoh menghambat igauan. asal sedar. suatu ketika pasti sampai pengakhiran. pada pintu janji Tuhan.. p/s: happy pharmacology exam.