Posts

Showing posts from October, 2010

cerita kita~

cerita kita panjang, jauhnya melebihi tinggi Taipei 101, jalannya berliku, duri dan paku kata pujangga, kita memilih atas kehendak Tuhan, dan di situ akan bertemu juga atas izin Tuhan, dengan garis dan tujuan, bila matang masa dan usia ~ p/s:oooo...

pesan~

satu pesan saya dengar dari mak dan wan. satu pesan yg tipikal dari imam masjid kampung. satu pesan dari guru matematik tmbahan mrsampc (cg zul yg dikenang). satu pesan dari senior2 ganas dan hebat. satu pesan dari sahabat depan, belakang, kanan dan kiri. pesan itu mereka bawa dari nabi Allah. pesannya "solat jangan tinggal" p/s: perubahn wktu solat yg mndadak time winter is not a big deal ok.

eksplorasi~

eksplorasi. masih belum sudah. habis satu bab, beratus2 lagi tinggal. seakan-akan tidak akan selesai. hanya tinggal berpegang pada gigi air, agar tidak pergi bersama arus. p/s: ya allah, thabatkanlah~

hujan~

hari ini, lolong monsun eropah lantang menyingah langit ini, menepis segala perkiraan otak manusia, yang lagak membuat ramalan bulan bintang, dan.hujan yang turun hari ini adalah terjemahan, setitik dari ilmu Tuhan, ilmu yang menjangkau luas penjuru utara dan selatan.. hujan ini rahmat.hujan ini pemadam api kebencian.hujan ini pelarut kerut di dahi.dan titisannya terus menghambat kaki-kaki yang memecut di jalanan.sambil puas melihat ke langit Tuhan. mahu tidur ditemani wangian hujan.mahu tidur diselimuti mimpi2 musim ini.di balik kuning daun musim ini~ p/s: andai tiada test minggu ini for sure without a single doubt, saya sudah terkangkang atas katil untuk selama mungkin.... p/s: malaysia makin pelik.pemimpin nya makin pelik. hingga ini jadinya. sila tekan

ini~

ini yg perlu dijentik, ini yg meluaskan jalan, menuju lembah kemusnahan, satu ketika nanti, tapi, ini bertandng dengn kaki sendiri, tanpa ada helaian jemputan, kadang2 datang ini dari atas dengan kepak lebar, dari bawah dengan gerudi tajam, ini sungguh bahaya ini memkan masa dan usia, ini menjadikan kita lembap dan keras, ini malas namanya...haih~ p/s: autumn in my heart =)

putaran~

Salam.... Masih lagi kalah dgn putaran arus, Yang makin hari makin deras, Habis satu agenda, berhujan pula yang lain, Wilayah kekuatan makin sempit, Hingga semput nafas semangat, Semuanya ditakluk diktator diri sendiri.. Yang melempar jauh transformasi, Sedang tahu reduksi bakal berlaku, Dek takut mata dan mulut sekeliling, P/s: pandangan kdang2 langsung tidak sekata dengan tindakan.seperti saya.

dulu-kini~

masih bernyawa, cuma dengan nafas dari yang paling dasar, kedut dahi melakar kusut otak, gelisah dek kecut segala urat, dulu, telinga capah sudah menangkap tajam, betah kata dari mereka, yang dibawa angin menyapa lalu, kini, jasad ini yang merasa kaku, kaki ini yang menapak keras, tangan ini yang mengawal, terketar2, otak ini yang ligat meleraikan, segala simpulan satu persatu, perlahan dan perlahan.... p/s: dahi perlu diketuk lagi agar sedar tiada apa yang mudah ok.

hard~

so much burdens and feel like being trapped under a wreckage? don't worry.. let us just close the eyes, shut our mouth, listen not by the ears, and then walk along this way, ignoring the annoyances around. and let Allah decides every single thing. it's hard but strong enough... p/s: post sbegini 2,3 menjak.boring

kedua~

kadang2, bila kita terlalu sibuk memberi perhatian terhadap urusan cikai dan picisan, kita akan lupa akan perkara yang besar dan semmgnya perlu diberi perhatian lebih.rosak lah kalau terus begini.. itu saya sedar.persekitaran dan ada mereka yang menjentik kesedaran dalam kedaan tidak sedar.dan saya masih berdiam. **tidak patut** p/s: ok.tidur lbih baik untuk waktu ini.

ini benda~

bukan apa yang kita mahu kita dapat.dan saya akui banyak benda yang saya kejar.banyak sehingga luar kemampuan saya.akhirnya kecundang letih dan melihat saja benda itu berlalu pergi.hanya meneguk air liur sendiri dan merungut kelemahn sendiri.tamak yang bodoh... ~ dan juga.sepanjang tempoh saya mengejar dan kecundang, ada dosa yang terselit mahupun saya sedar atau tidak.moga Tuhan mengampuni~~~ p/s: mahukan sedikit kepanasan..grrr!!!

grrrr~~

assalamualaikum dan salam kebahagiaan.... "keputusan itu hanyalah milik Allah".. [12:40] dan.siapa sangka walaupun baru hanya pertengahan musim luruh, suhu pagi hari ini sudah mencecah bawah 0 degree, -1c.lagaknya seperti awalan musim sejuk dan salji.itu semua kerja Tuhan. people here say "utipliatsa!!"'.. .maksudnya "berpanas-panaslah"...jom.. p/s:nikmat akan terasa bila ia hilang.terus saja merindukan panas bila kesejukan.owh manusia. .

woot woot!!!

assalamualaikum..woot2 !!! pada kitran hidup yng masih di takuk lama, kebelakangan ini, ada dua peristiwa yang betul2 menekan jiwa dan menambah benci dan meluat terhadap manusia yg bergelar ruski. kes 1: saya menahan masyrut [pessenger van warna kuning] sperti biasa untuk pulang rumah.dan balasannya, si pemandu menayangkan sign f**k dari kejauhan dan berlalu pergi.ape kes hooooooo.... kes 2: pagi itu, saya memilih untuk berjalan kaki dari rumah ke main campus yang jaraknya dalam 1.5 km.kadang2, berjalan membri peluang untuk saya melihat kedai baju sekeliling, dan bermimpi untuk memakainya. padahal saya tahu tidak akn mampu.mahal hoooooooo.... dan sya berjalan menuruni tangga ke underground tram station..peewwssssshhhh...muka seperti kena biasan hujan,padahal langit cerah.matahari terik panas...ces..saya diludah..bahlol btul ler..adoi.... entah, saya cuba sentiasa brfikir positif tg mereka, tapi hakikatnya payah... p/s: yang lain2 lagi masih sperti biasa..