mata hati~

Saya akui.saya sebak kalau melihat air mata emak saya menitis.dan tiap2 kali saya mahu terbang pulang,emak lah yg akan sentiasa mengerdipkan mata menahan titisan.dan saya sebak.jiwa seorng ibu begitu.manakan tidak setelah saya dididik dan dibesarkannya di bwah batang hidungnya, sudah tentu tidak puas melihat anaknya yang sejak bangku sekolah lagi berada di kejauhan.saya suka bercerita peristiwa kepadanya, dan dia mendengar.dan saya rasa selamat.

Hanya satu harapan saya.agar Tuhan mengurniakan saya peluang disisinya bila Tuhan memanggilnya pulang.emm..

~~

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu."(QS. 31:14)


p/s: masih mahu di rumah mungkin.haih..

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

kusut

memory lane

088.