Posts

Showing posts from August, 2010

mata hati~

Saya akui.saya sebak kalau melihat air mata emak saya menitis.dan tiap2 kali saya mahu terbang pulang,emak lah yg akan sentiasa mengerdipkan mata menahan titisan.dan saya sebak.jiwa seorng ibu begitu.manakan tidak setelah saya dididik dan dibesarkannya di bwah batang hidungnya, sudah tentu tidak puas melihat anaknya yang sejak bangku sekolah lagi berada di kejauhan.saya suka bercerita peristiwa kepadanya, dan dia mendengar.dan saya rasa selamat. Hanya satu harapan saya.agar Tuhan mengurniakan saya peluang disisinya bila Tuhan memanggilnya pulang.emm.. ~~ " Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu." (QS. 31:14) p/s: masih mahu di rumah mungkin.haih..

masa dahulu~

Assalamualaikum.. bila menoleh ruang dahulu, Yang penuh dengan dakwat hitam, Lantas saja menyentak benak dan hati, mahu melangkah atau kekal kaku dan beku mendakap katarsis atau biar dosa yang sama berulang. Bila menoleh ruang dahulu.. p/s: tahun 3

kisah ramadan~

tersentak akan kisah tercoret, dalam album kehidupan dari tuhan, jua cerita dari kekasihnya, kisah tentang bulan mulia.. kisah tentang pengampunan buat pendosa, tentang kerahmatan buat seluruh alam, tentang terbuka luas syurga, tertutup rapat neraka, tentang rantai yang mengikat musuh Tuhan.. dalam kisah ini, manusia diseru menahan, pada nafsu segala macam, biar jadi benteng penahan kini dan kemudian.. dalam kisah ini, segala jelas terbentang dari Tuhan sekalian alam, tinggal kita untuk mentafsirkan pilihan~ salam ramadan.. p/s: masih perlu diketuk lagi untuk bangkit~