titik permulaan~
Saya teringat satu puisi tulisan rakan saya.bersahaja tapi sungguh bermakna.. Titik permulaan~ Kita memerlukan satu titik permulaan, Bagi melenyapkan peristiwa semalam, Agar kita mampu sama-sama melangkah kehdapan, Dan ikatan antara kita biarlah kerana Tuhan. ~ Kita memrlukan satu titik permulaan, Biar terkubur segala benci dan dendam, Biar bercambah kembali kasih dan prihatin, Biar bertunas kembali bahagia yang pernah kita kecapi.. ~ Kita memerlukan satu titik permulaan, Walau titik itu tidak menjanjikan kemanisan di hujungnya, Kita masih memerlukan satu titik permulaan~ p/s: btw, baru habis exam wooo..alhmdillah relieve .tahniah juga buat sume graduan VOLGMU 2010~