Posts

Showing posts from May, 2025

adulting

Bukan lagi muda remaja pelajar universiti. Dulu memang bila nak exam, maka di situ di kerusi dalam bilik usang itu lah punggung melekat. Ditemani serangga musim manas Russia. Tingkat dibuka luas tetap terasa bahangnya. Atau ketika dingin musim sejuk, badan dibalut berlapis demi melunakkan badan dan otak. Mengupas , menelan, dan mencerna tiap2 yang dibaca. Dipandang jauh, seakan hilang dalam dunia sendiri, seperti debu yang hilang dalam angin bertiup.  Kini bukan dulu. Masih belajar. Bukan begitu kah manusia. Belajar sampailah kita mati. Cuma di samping dunia kita yang kebimbangan apa lagi yang tak ditelaah otak, apa lagi yang tidak dicerna otak, Ada insan2 ditepi yang perlu diberi makna, yang layak mendapat perhatian . Ada pasangan yang bergantung senyawa, Ada zuriat yang menjadi amanah. Lantas. Kau betulkan lah niat. Baiki yang salah. Akui silap. Dan luruskan yang bengkok. Kerna kini kau bukan dulu, bukan seorang dalam dunia kau. Tapi kau adalah dunia bagi mereka. Ooo hati. Bangki...