Posts

Showing posts from March, 2014
iman. menanam yakin dan iman itu lagaknya menanam baka paling baik di atas tanah yg paling subur, disirami tiap masa yg patut, dibias mentari tiap masa yang patut. Lantas saja kemudiannya itulah pokok yang bakal bangun tinggi menjulang dalam keadaan meneduhi panas, membuahkan buah dan benih, yang manfaatnya bakal berpanjangan. Dan mencari baka yang baik itu tdk mudah, mencari tanah subut tidak mudah, menyiram tiap masa yg patut tidak mudah. Begitu menanam iman.mujahadah (usaha) nya amat besar nilainya. kerana sungguh keimanan pada Allah, rasul, dan seisisi islam itulah yg memberi penghidupan. Tengok saja bagaimana terujanya kebanyakan revert (muallaf).iman mereka itu maharnya pengorbanan kehidupan mereka yg dulu. dan saya dan ramai lagi, kita masih mencari kemanisan iman itu. kita mungkin tdk merasnya lagi krn bnyk benda yg kita tdk mahu korbankan. Masa, duit, pemikiran, . Banyak benda yg kita takutkan. Judgement,penolakan, kepayahan. Allahu, tiada yg mudah. Tiada yg mudah.