kita perlu paham yang kita tidak pernah mungkin jadi baik sekiranya sudah merasakan diri sudah cukup baik.
kita bergerak menuju redha allah, mahu mati dalam husnul khatimah, mahu dibangkitkan tanpa aib, dihisab dengan mudah, dan yang pasti (saya konfem semua org nak) kita mahu melangkah masuk syurga.

kita tidak pernah cukup baik. dan sudahlah kita mencebik bibir membilang dosa org lain, merasakan kita terlalu suci. cuma, maksiat yg dilakukan tetap kita benci, bukan pelakunya.

kita tidak pernah cukup baik. jangan biar dalam hati kita kita menyimpan sangka buruk, jangan biar kita menghukum, jangan pernah sesekali. kalau kita pernah (kita manusia kan), cepat2 kita kembali ingat kita sendiri tidak pernah cukup baik. dan juga hati orang lain bukan bidang kuasa kita. malah, biar saja kita bersangka baik.

kita tidak pernah cukup baik. maksiat juga kita pernah sentuh.

kita tidak pernah cukup baik andai kita sudah merasakan yang kita sudah cukup baik.

Comments

  1. kita takkan mungkin jadi baik sebaiknya. kerana kita tidak maksum, mana mungkin terlepas dari sebarang dosa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

kusut

berjimat~

tak nyata~