taubat~

Tuhan menyuruh manusia bertaubat,

Bukan sekali, bukan dua kali, bukan tiga kali,

Bukan sebanyak nombor yang mampu kau bagi,

Bukan untuk kesekian kali,

Tapi.

Tuhan menyuruh manusia bertaubat,

Selagi nyawa di nadi,

Selagi kulit merasa panas mentari,

Selagi kaki berpijak di bumi,

Selagi mana Izroil tidak datang menuntut janji,

Selagi kiamat jaraknya bukan sekaki.

Kerana.

Manusia berdosa tiada henti,

Iman kadang rendah kadang tinggi,

Kadang jatuh di lubuk paling keji,

Maka.bertaubatlah selagi ada percaya dalam hati.

“Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (quran 42:25)

p/s: ingatkan aku yg selalu lupa dan alpa..

Comments

  1. Alhamdulillah..jazakallah utk susunan kata2 itu yg mendalam maksudnya...taubat itu 'tidak mengulangi',taubat itu bukan sekadar 'niat di hati'...agar di kala nyawa kita dijemput pergi, semoga taubat itu masih kita pegang erat dalam genggaman ini..tapi manusia selalu leka kan..mungkin kerana kita tiada pengetahuan bila kita akan mati...astaghfirullahal'azim... =)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..
    ehem..maaf atas kesilapn dalam penulisan di atas kalau sebelum jika ada pembaca yg perasaan..dah dibetulkan dah..tak terperasan oleh saya sebenarnya..

    ape pun, mekaseh kpd din yg perasan dan menegur..saya hargai..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

kusut

berjimat~

tak nyata~