Posts

doktor.

hampir 7 bulan sudah bergelar HO. awal permulaan, gian bekerja, tak kisah balik sampai pukul 11 malam sekalipun.gila!! hilang diri suatu ketika dulu. maka.kerja seakan 24h di kepala. hampir 7 bulan kini. perasaan malas gila.tiap2 hari rasa nak berhenti.tak tipu dulu ingatkan cerita senior2 lebih saja. tapi ya. mahu berhenti.hahahahaha maka.kerja masih 24h di kepala.gila. dan kini bagaimana???

bumi cinta

Image
bismillahirahmanirahim. sekarang, keberadaan saya dalam hujung2 musim kehidupan di russia ini. jujurnya, pertama kali sampai di Russia, di volgograd khususnya, hati sedih dan sedikit kecewa. ianya bukan "oversea" impian ketika di sekolah dulu. tinggalan soviet jauh berbeza dengan gambaran oversea dalam kepala ketika itu. ~~ tapi, tak kenal, maka tak cinta. 6 tahun peghidupan di sini, mula membibitkan sedikit rasa cinta akan bumi ini. mungkin ia tidak semaju tanah2 lain, sistem pembelajaran juga selalu jugak dikutuk membabi buta oleh sesetengah pihak itu, namun di sebalik semua itu, ada banyak, terlalu banyak pengajaran dan kisah kehidupan yang saya belajar. Tidak mungkin Allah mentakdirkan ini tanpa sebarang manfaat buat saya. ~~ maka, benarlah tajuk novel karya Habiburrahman El Shirazi, russia saya anggap Bumi Cinta. dan, kepulangan saya ke tanah air kali ini , akan saya kandung segala kisah cinta dan kisah kehidupan di bumi ini. dan sungguh, segala rencana yang ...
Image
bismillahirahmanirahim. bukan permata, bukan mutiara. hanya daging busuk yang dihurung lalat saja. tidak mulia, tidak sempurna. cuma tulang keji di balut kulit berdosa. maka, iya layaknya tempat neraka saja. ~~ dan. daging busuk, tulang keji itu masih mengintai, salah ia saja, memang iya. maka. wangilah dikau daging busuk. mulialah kau si tulang keji. ~~ kerana harapan di sana masih ada.
Image
bismillahirahmanirahim. sudah berapa lama agaknya kita teragak-agak. sudah berapa lama jangkanya kita hanya menjangka. sudah berapa abad kita menempis realiti bab demi bab. sudah setakat mana lenguh kaki kita lari dan lari. sudah berapa lama kita pendam hilang tujuan. nyata. kita sakit, namun berkulitkan bahagia. singkaplah tirau itu, pasti cahaya tidak henti-henti meghujani.
Image
bismillahirahmanirahim. a heart that is darkly red tears that won't shed. a brain that is already dead. an empty torso on the limb that won't let. a stupid foolish tantrum that drive you mad. the sad truth that you keep on your back. and the just only good hypocrisy that shine instead. and we asked. O God, how should i actually act.?
Image
bismillah. dari hati singgah di hati. amal bakti, ikhlas dulu baru beerti. hipokrit.munafiq punah lah diri. bakal mati bodoh jasad dan hati. kerana manusia, kita jadi manusia. kerana manusia jua, Tuhan dijeling saja. kerana manusia, lagak kita puaskan mereka saja. kerana manusia, kita terlalu berkira-kira. mulut bicara gula pun kalah manisnya, mata gelap suram, hati hitam pekat saja, rupanya manis mulut sekadar ia, dasarnya nafi, cuma permukaannya tenang saja. dan. kita bertanya. Tuhan, aku ini bagaimana?
Image
bismillah. terlalu banyak pemberian Allah yang patut kita syukuri. tidak terkira banyaknya. terima kasih Allah atas keberadaan ini.