Posts

mati.satu kepastian yang memutuskan.

Image
" setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan  hanya kepada kami" (al anbiya 21:35) baru hari itu ada berbual dgn mutorabbi yang juga sahabat  yg saya kasihi kerana Allah berkenaan mati. tentang hasratnya utk mengimankan sendiri solat jenazah kedua ibu bapanya nanti. dan pagi tadi, dikejutkan dgn berita pemergian abangnya dan isteri akibat kemalangan. 2 minggu lepas, juga kami di volgo, diberitakan dgn pemergian sorang ibu pelajar di sini.inalillahiwainailahirajiun. begitu lah mati.langsung kita tdk mampu utk lari darinya, walau berhati2 macam mana sekalipun perlakuan kita, walau pelbagai langkah2 pencegahan kita laksanakan, walau berjuta duit kita habiskan untuk memastikan kita sihat, namun mati itu sangat pasti dan masa setiap dari kita pasti bakal tiba. mungkin esok, lusa, tahun depan, 3 tahun depan, etc... lantas, mati menjadi tazkirah paling hebat bagi menjentik kelalaia...

Sifatnya rabbani.

Dakwah dan tarbiyah. sifatnya rabbani. Ape maksud pliz? Gini, katanya kita mengajak manusia mengenal Allah, memahamkan manusia ttg islam as shud we understand, not as we want to understand.. Itu satu niat yg sgt murni dan bakal menyelamatkan kita di akhirat iallah. Namun, sifatnya rabbani. Iaitu sifatnya menekan kita utk tersangat2 menjaga hubungan kita dgn pemilik mutlak dakwah dan tarbiyah ini, Allah s.w.t. Biar dalam sibuk kita membentuk manusia, biar juga kita sibuk menambah2 tilawah quran kita, menambah2 qiam kita, menambah2 hafalan kita, menambah2 prasangka baik kita. Itulah dikatana rabbani. Kita mengajak manusia kpd Allah, dlm pada masa yg sama kita makin2 mendekatkan diri pada Allah dikit, dan demi dikit, dan demi dikit. Lantas, tatkala kita merasakan usaha kita tiada sambutan, layak ke kita nak mengeluh dgn gaya bermalas-malasan meningkatkan sgl amal sprti di atas, dgn usaha yg kita pndg sudah cukup ( jgn pernah merasakan usaha kita sudah cukup). Ya allah, masih terlal...
Image
krik2..bismillahirahmanirahim. -2:00 am, volgograd, russia- amalinya menunggu mega merah di kaki langit, mahu sujud subuh pada Allah pemilik fajar. iye, keberadaan di negara eropah (lah sangat.hik3) memberi peluang merasa kita sembah sujud waktu subuh di jam sebegini, isyak semalam belum pun berakhir dengan tidur.peluang, tentang peluang.argh, malas nak menulis panjang. saja tangan gatal mencapai keyboard, tepu agaknya otak menghafal bagahian tulang patah punah utk exam esok. banyak sebenarnya nak diceritakan, tapi tunggulah dulu biar reda sikit kusut kabut. dan, terus mengira perlahan2 subuh merangkak untuk bakal menyapa.sambil2, otak mencuri sedikit gas2 sekeliling, menghitung dan mentafsir patah di manakan tulang ini, dan apa rawatan yang the best. utk exam, saya mulakan dgn bismillah.                        apartment sebelah hostel.dan, lihat belakangya, matahari naik jauh di kaki langit.
Image
kita mahukan hati kita kalau boleh putih seputih salju.ia mustahil, tapi usaha ke arahnya langsung saja  boleh jadi. 
lantas, kita dibias lagi oleh silau cahaya kebenaran, yang menyentak kita dari mimpi utk melihat realiti, telinga kita terdengar desir2 seruan untuk kita bergegas. kerana perihal masa kita yang kesuntukan. setelah itu, resolusinya pada kita saja: mahu singkap langsir menutup silau itu, agar tiada yang biasa menceroboh mimpi indah kita. dan kita mati dalam takut melihat realiti. al-asr. demi masa. manusia itu dalam kerugian.kecuali yng beriman dan beramal soleh, berpesan2 dgn kebaikan dan sabar.

ikhlas.

"ikhlas itu ibarat semut hitam di malam gelap. ia tidak nampak tapi wujud" demikian perihal ikhlas. hasil atau butir2 kata nasihat dari tubuh berhati ikhlas lantas mampu menembus dalam hati si pendengat. mungkin kerana itu walau simple dan santai saja, pengisian dr murrabi saya betul2 selalu menjetik hati. iyelah, macam mane tak menembus hati, kalau apa yg disampainya adalah kerana Allah, mengajak hati2 yg mendengar kpd Allah semata-mata. ya, Allah semata2.langsung tidak mengharapkan pujian manusia yg kdg2 menikam dalam kelembutan. sungguh, tarbiyah ini sifatnya rabbani bukan.tampak jelas matlamat terbesar di hadapan, menempis faktor2 yang mengubah fokus di tepi2 itu. kita masih banyak perlu belajar.cuma jgn wahai sahabat, kita melepaskan peluang tatkala hidayah menyapa.
kita biaskan sekuat hati rasa yg lagaknya haram. untuk kita meneguk kebenaran. tapi kadang2, carik2 kesilapan kita adalah atas desakan. atau atas iman yang senipis kulitnya bawang. dan aku yakin pemerian aku patut disimbah kutukan. ~~ keberadaan kita, kita mengharapkan penuh bersama yakin. hidup ini terlalu sedikit jika infinitinya akhirat kita banding. tapi,tetap dunia dgn penuh keduniaan menarik pusing. menarik kita yg sudah hanya bergigit di tepi2 langsir. itu lah kita.manusia