Posts

089.

salam.biasanya penulis hebat2, mereka bukanlah hidup di atas yg menjunjung mereka tinggi dari masyrakat sekeliling.malah, mereka seakan2 stalker dalam arus sekeliling.mereka akan mengutip tiap2 kisah dan menterjemahkan untuk tatapan dunia. Tetamu Senja ~ A. Samad Said Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja Bila cukup detik kembalilah Kita kepadanya Kita datang ini kosong tangan dada Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala Pada tetamu yang datang dan Kenal jalan pulang Bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada Insan Pada tetamu yang datang Dan lupa jalan pulang Usahlah derhaka pula Pada Tuhan kepada insan Bila kita lihat manusia lupa tempat Atau segera sesat puja darjat Puja pangkat Segera kita insaf kita ini punya kiblat Segera kita ingat kita ini punya tekad Bila kita lihat manusia terbiar larat Hingga mesti merempat ke laut biru Ke kuning darat Harus kita lekas sedar penuh pada tugas Harus kita tegas sembah Seluruh rasa belas Kita datang ini satu roh satu jasad Bila pulang nanti b...

088.

salam. pernah juga ditanya tentang kesediaan dan kesanggupan.ditanya perihal keikhlasan dan kefahaman setelah sudah lama. "sudah bersedia kamu?"... membisu.

087.

nyata sekarang musim bertukar.dulu sejuk membeku hingga otak juga kabut, urat2 nyilu meminta panas.dan sekarang, suhu menyamankan dan mententeramkan.begitu percaturan Allah.alam dan bumi ini terus saja bergerak, memakan dan melewati tempoh masa sebelum hari perhitungan itu tiba.manusia jua begitu, cuma kita tuhan berikan kuasa untuk memilih.mahu begini, maka begitu jalannya, dan itulah balasannya.kita perlu bijak memilih kerana kita turut seperti alam dan bumi, kita bergerak memakan dan melewati tempoh masa...

masih punya harapan~

jasad ini adalah satu kantung maksiat dan dosa lalu. hati ini jua dulu sering ditambat telunjuk iblis dan nafsu. maksiat dingkat bagai nikmat. dunia jadi intipati keramat. hingga pada penghujungnya nafas jadi sesak. tenggelam timbul dalam satu yg tiada pasak. dan.dalam pada itu, jasad ini mengalah pada hakikat. hidup bukan kekal.suatu masa mati hati mati jasad. suatu masa rapat tertutup pintu taubat. oh.manusia.Tuhan itu maha memaafkan. pulang lah bila masih punya harapan. ............

086 -

mungkin atas sebab kecelaruan minda.kepicangan pemikiran.dan konflik yg tidak jelas mana hujung pangkalnya, otak menjadi beku.kadang takut sekiranya saya terlbih dan berapi2 melakar kisah atas tulisan tapi akhirnya saya jadi "cakap tidak seperti bikin".saya tidak aktif pada perbualan dan pergaulan (sesuatu yg perlu dibaik pulih).jadi,saya menulis. tentang dunia.terlalu banyak peristiwa berlaku.pengeboman international airport domodedovo, moscow sedikit sebnyak menyukarkan kami muslim di russia.tentang kisah mesir, saya doakan keadilan akan tertegak. tentang sem baru.ruang dirasakan agak sempit kerana jadual yg terlalu padat.tapi biar bergantung pada Allah sahaja. p/s: menunggu esok

62:2

assalamualaikum... dalam usrah ptg tadi, saya belajar... "islam itu benar.islam bukanlah lahir dari pemikiran falsafah pembentukan ideologi. islam lahir di tanah arab yg tandus, yang didiami satu kaum yg hidup dalam biah buta huruf, malah baginda Rasullullah juga seorang ummi. inilah yang menjadikan islam itu tertegak tanpa sebarang syak wasangka. bukanlah ia lahir dari ideoologi dan falsafah rom dan greek.islam tidak lahir dalam kegelojohan khayalan dan mitos dalam tamadun hindu, tidak juga wujud dalam kebejatan moral empayar parsi. namun, islam diturunkan pada satu kaum yang tercari2 panduan, kaum yang masih mentah, belum dicelup mana2 adunan tamadun yg hasil dari akal manusia.lantas, islam itu datang dari Tuhan sekalian alam, yg terpacak lebih tinggi dari dogma2 khayalan dan ideologi'. "dialah yang mengutus seorang rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat2 Nya, menyucikan (jiwa) mereka dan mengajarkan kepada mer...

asa kita.

salam... kita telah menggunakan segala upaya. membanting setiap asa yang ada. kita mengutip setiap detik masa. usaha kita sudah ada. tinggal hanya tawakal pada Tuhan. perencana masa belakang dan depan. dan.akhirnya kita bakal menerima tiap2 ketentuan. ingat.kita punya asa Tuhan punya kuasa. p/s: oh.jgn percaya pada falsafah barat.salam imtihan =)